Friday 7 September 2012

MHS UM DIHADIRI PERDANA MENTERI KE4




Kehangatan Minggu Haluan Siswa UM dihangatkan lagi dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada slot “Talk Bersama Tun Mahathir” di DTC pada hari keempat program tersebut dijalankan.



 Dalam slot  jam 2 petang itu, Tun Mahathir telah mengupas sedikit tajuk Talk “Generasi Muda : Penentu atau Pemusnah Wawasan 2020” dalam masa lebih kurang 10 minit. Seterusnya slot diteruskan dengan sesi soal jawab.

Bertalu-talu soalan yang diajukan pada beliau sehinggakan ada siswa yang tidak dapat peluang untuk bertanya walaupun telah berusaha untuk bangun bertanya sebanyak 3 kali. UMH dimaklumkan bahawa ada Pembantu Mahasiswa yang bertindak menghalang pelajar yang ingin bertanya soalan kerana ingin membuka laluan hanya untuk soalan-soalan yang telah diset up sahaja. Berikut merupakan antara soalan dan jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir dalam sesi soal jawab tersebut.

                1 ) soalan berkaitan mahasiswa giat berpolitik dan pelajaran terabai.
                J : mahasiswa boleh ikut politik tetapi aktiflah ketika sudah bergraduasi nanti. Sekarang tumpukan pada pelajaran. Apabila sudah grade, nak jadi wakil pun tiada masalah.

                2) berkenaan peristiwa yang berlaku ketika malam Kemerdekaan – bendera Malaysia dibuka dan diganti dengan bendera rakyat.
                J : merdeka tiada kaitan dengan politik. Ianya merupakan bendera negara, bendera kebangsaan.kalau dibuang satu bendera pun tiada rugi kerana masih banyak lagi bendera yang masih berkibar.

                3) sesetengah pihak dilihat bertindak ekstrim sekarang. Bagaimana pandangan Tun?
                J : biarlah jika ada yang ingin bertindak ekstrim, yang penting jangan diajak orang lain untuk turut sama.

                4) bagaimana dengan kritikan-kritikan yang banyak ditujukan pada pihak kerajaan sekarang.
                J : pendapat rakyat yang lebih patut diutamakan, bukan pendapat pimpinan semata-mata.

Majlis yang dianjurkan oleh pihak Aman Kampus yang mana disertai oleh alumni-alumni Aspirasi  ini diketuai oleh saudara Shahar Abdullah yang mana merupakan Pengerusi Gagasan Aman Kampus. Slot ini ditutup dengan sesi pendaftaran keahlian kelab ‘WE LOVE PM CLUB’.

Tuesday 4 September 2012

HOT : MHS HARI KEDUA





Hari kedua MHS Um menyaksikan beberapa orang pimpinan negara hadir memeriahkan lagi Minggu Haluan Siswa. Antara yang dijemput hadir ialah Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia dalam Sesi Bersama Pimpinan di Dewan Tunku Canselor.



Raja Nong Chik berpesan pada semua mahasiswa baru agar  menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak melibatkan diri dalam politik melampau. Beliau turut menyentuh berkenaan sumbangan kerajaan Malaysia kepada rakyat juga memaklumkan bahawa terdapat mahasiswa yang diperalatkan sehingga terlibat dalam demonstrasi jalanan seperti BERSIH.

“Mahasiswa perlu dinilai dan diteliti supaya tidak terjebak dengan masalah sosial serta politik kampus” , kata Raja Nong Chik yang juga merupakan Ketua UMNO bahagian Lembah Pantai.

Turut hadir melawat ke kolej-kolej kediaman ialah Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. 

Monday 3 September 2012

Hot: MHS 1st Day



Selamat datang diucapkan kepada pelajar baru sesi 2012/2013. 

Minggu Haluansiswa Universiti Malaya merupakan minggu orientasi yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pentadbiran kolej. Program ini dibantu oleh pelajar-pelajar yang terpilih untuk menjadi ‘Pembantu Mahasiswa’ yang mana menjadi pemudah cara dalam melancarkan perjalanan program ini. 

MHS pada kali ini membawa banyak kelainan dan yang paling menarik perhatian pelajar baru sesi 2012/2013 ini ialah Dialog Bersama Pemimpin yang akan diadakan pada hari Khamis jam 2.30 petang di Dewan Tunku Chanselor. Tun Dr Mahathir antara figure yang dijemput untuk memberikan ucapan pada acara tersebut. 

Budaya ‘Cheers’ juga masih diteruskan. Budaya tradisi mahasiswa Universiti Malaya ini juga merupakan antara yang menjadi perhatian orang ramai. Ada yang bersetuju budaya ini diteruskan, yang tidak bersetuju kecuali dengan pembaikan da nada juga yang menolaknya secara total. Budaya ini ada pro dan kontranya. 

Daripada tinjauan kami semalam, didapati ada sebahagian kolej yang tidak menjaga tatasusila apabila menjalankan aktiviti Cheers tersebut. Antaranya ialah Kolej Kediaman Pertama, pelajar perempuan dan pelajar lelaki telah melakukan Cheers secara berhadapan dan ianya berlainan dengan kolej-kolej yang lain. Ada antara mereka yang tidak senang dengan aktiviti sedemikian dan meminta agar aktiviti ini dilakukan dengan penuh tatatertib tanpa mengaibkan mana-mana pihak. 


Kami juga telah mendapat maklumat daripada seorang mahasiswa yang mengatakan bahawa ada sebahagian Pembantu Mahasiwa yang tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan, antaranya Kolej Kediaman Ke-8. Mereka telah dilepaskan daripada aktiviti pada jam 1 pagi malah ada pelajar Islam yang merungut apabila solat Isyak dilewatkan. Perkara ini seharusnya dielakkan daripada berlaku untuk mengelakkan salah faham yang mungkin terjadi dan mengganggu gugat keharmonian antara mahasiswa tersebut. 

Manakala di Kolej Kediaman Ke-4 pula, mereka dibenarkan untuk bersurai pada jam 12.30 pagi dan bangun semula pada jam 4.30 pagi untuk latihan cheers. Pembantu Mahasiswa seharusnya mematuhi masa yang telah ditetapkan, malah menjadi contoh yang baik kepada adik-adik.

Pelajar baru seharusnya didedahkan dengan sesuatu yang bermanfaat supaya menjadi penguat semangat kepada mereka untuk memulakan kehidupan baru di kampus Universiti Malaya. 

Setinggi-tinggi tahniah  diucapkan kepada anda yang telah mendapat tempat di Universiti Malaya, peluang ini seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya.



Hot?



Wednesday 9 May 2012

Program Kementerian bersama Mahasiswa : OPS 2020?

Hot lagi!
Kali ini pula merupakan pendedahan daripada seorang mahasiswa yang tidak ingin namanya dikenali. Dia telah menghantar emel kepada pihak UMH untuk mendedahkan sebuah program di bawah Kementerian Belia dan Sukan di Universiti Malaya.

Program ini diberitakan akan berlansung pada hari Sabtu ini yang bermula pada jam 7.30pagi di Padang Varsiti. Bukan itu sahaja malah penghantar emel tersebut turut mendedahkan bahawa program ini bakal disertai oleh lebih kurang 1800 pelajar UM.

Kata beliau, pelajar UM telah DIPERALATKAN apabila pihak program telah mewajibkan setiap kolej menghantar 150 orang daripada kolej masing-masing. 

Program yang bakal berlansung itu merupakan sebuah program khas Menteri bersama Pelajar Universiti. Menurut sumber.


Adakah program ini ada kaitannya dengan OPS 2020 yang telah didedahkan oleh jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional semalam???

Program yang dikatakan campurtangan Kerajaan Barisan Nasional dalam pentadbiran Universiti. Betul ke??

Betul atau salah, memang tidak dapat dinafikan pun. Sebelum ini pernah ada program parti MIC yang telah menjalankan programnya di dalam UM ni. Tetapi sejauh mana kebenaran OPS 2020 ni, sama-sama kita nantikan. OS

Yang penting, bukti! Bukan omong kosong!

Baru HOT!

Tuesday 8 May 2012

OPS 2020 :Fitnah Pro-Mahasiswa Kepada Kerajaan Barisan Nasional.

UM kian HOT dengan isu kali ini apabila mahasiswa didedahkan dengan konspirasi kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional melalui OPS 2020. Satu sidang media telah dibuat berhampiran kampus Universiti Malaya menampilkan Pengerusi dan Speaker Pro-Mahasiswa Nasional, serta wakil GAMIS

Oppss HOT!!! Apa itu OPS 2020? Bak kata Pro-Mahasiswa Nasional  OPS 2020 adalah satu operasi khas yang ditubuhkan berperanan dalam memastikan pilihanraya kampus tidak memberi sebarang kebangkitan moral kepada Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Ini bermakna sebarang perkara yang boleh dikaitkan dengan kebangkitan parti pembangkang ini akan dihalang serta merta, contohnya Pilihanraya Kampus. 



~Teks ucapan sidang media

Teks ucapan ini penulis dapatkan dari salah seorang wakil media yang terlibat. Mmm, apa pula kaitannya dengan UM? Mungkin tempat, tetapi penulis memberi tegasan kepada Pilihanraya Kampus UM yang dilihat semakin tidak tentu arah.

Konklusinya, Pro-Mahasiswa telah mengaitkan Pilihanraya Kampus Lewat adalah kerana campurtangan dari Barisan Nasional. Pihak UMH melihat perkara ini merupakan satu fitnah daripada Pro-Mahasiswa kepada Barisan Nasional dan pihak pentadbiran Universiti Malaya kerana membuat tuduhan tersebut TANPA BUKTI YANG JELAS.

Ingat, yang HOT penulis beri, anda nilai sendiri, asalkan HOT!

Wednesday 25 April 2012

AMAN KAMPUS : Mahasiswa Dilarang Menyertai BERSIH 3.0

Karnival Siswa Cakna Bersama AMAN KAMPUS sedang berlangsung bermula 23 hingga 29 April ini. Kali ini AMAN KAMPUS menjelajah ke UNIVERSITI MALAYA. Apa yang HOT!! AMAN KAMPUS yang sebelum ini diuar-uarkan mendapat sambutan hangat daripada seluruh mahasiswa tanah air tampak kurang mendapat sambutan di UM. Pelbagai aktiviti termasuk jualan yang diadakan berhadapan dengan Dewan Tunku Canselor tampak lengang. Bahkan aktiviti-aktiviti tersebut langsung tidak diketahui majoriti mahasiswa UM. Di mana "Siswa Cakna"? 



Tambahan lagi, kali ini lebih HOT, AMAN KAMPUS memberi laungan amaran kepada semua mahasiswa terutama yang berada di kampus UM agar tidak menyertai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April ini. Di mana HOT nya? Apa sebenarnya peranan AMAN KAMPUS di UM kali ini? Adakah hanya mahu menyampaikan mesej larangan ini, habis segala perbelanjaan diperuntukkan selama seminggu? Dan siapa yang memberikan segala macam peruntukkan untuk enent ini? Seharusnya delegasi AMAN KAMPUS, yang dipelopori siswa dan siswi ASPIRASI yang turut melibatkan barisan alumni mereka, bersikap lebih kreatif dan proaktif. 

Akhir kata, penulis boleh katakan bahawa AMAN KAMPUS di UM kali ini gagal total, bermakna AMAN KAMPUS langsung tidak mencapai matlamat "Siswa Cakna". Sudah sedia maklum UM merupakan universiti terulung di Malaysia, sekiranya di sini mereka gagal, di mana lagi akan mereka berjaya. Teruskan setia bersama UM-HOT kerana kami akan sentiasa CAKNA akan isu HOT

Sunday 15 April 2012

PTPTN Ditarik Balik

Hari ini UM kesayangan dihangatkan lagi dengan isu HOT. Setelah Malaysia dihangatkan dengan isu para mahasiswa berdemonstrasi di Dataran Merdeka semalam bagi membantah dan menggesa agar PTPTN dimansuhkan. Dan setelah itu, poster PTPTN menarik semula pinjaman mereka yang menyertai demonstrasi tersebut diedarkan.


Siapakah mereka yang dicari

Hampir keseluruhan "Bus Stop" di UM ini penuh dengan poster sedemikian ditampal. Cuma apa yang menghairankan, poster ini kelihatan agak janggal dan tidak formal. Seakan-akan bukan satu pemberitahuan rasmi oleh pihak PTPTN mahupun HEP UM. Bahkan seorang responden melaporkan bahawa beliau langsung tidak terlibat dalam demonstrasi yang berlaku semalam, tetapi turut disertakan gambarnya dalam poster tersebut. Menurutnya ketika itu beliau terpaksa pulang ke kampung atas urusan keluarga. Tambahnya lagi, beliau ada menyertai beberapa siri demonstrasi sebelum ini dan pakaian yang dipakai sewaktu demonstrasi sebelum ini sama seperti yang disiarkan dalam gambar tersebut. Untuk lebih kepastian sama ada pinjaman oleh PTPTN ini ditarik balik atau tidak, lebih baik berhubung terus dengan pihak PTPTN untuk mendapatkan penjelasan.

~sekiranya poster ini "FAKE", siapakah gerangan yang membuatnya?mmm..HOT..

Sunday 1 April 2012

Cuti-cuti Universiti Malaya

Selamat bercuti kepada semua warga Universiti Malaya khususnya dan juga kampus2 lain yang turut bercuti. Manfaatkan cuti pertengahan semester ini sebaiknya dengan berbakti kepada kedua ibu dan ayah mahupun sesiapa sahaja. Selagi kita mampu menggunakan nikmat Allah yang amat hebat ini, bergerak sana sini, bercakap itu ini, mendengar begitu begini (macam mirwana la pulak), berkhidmatlah kepada sesiapapun kerana Allah. Apa-apa pun 'stay healthy' dan semoga tidak lupa kembali ke Universitas tercinta. Ingin tahu apa yang berlaku di sekitar UM ketika waktu bercuti, teruskan bersama UM HOT, kerana kami pastikan yang HOT2 sampai kepada semua. "Keluarkan pistol tembak gua", biar HOT!!!

~lambat sikit post sebab penulis baru bercuti :)

Wednesday 28 March 2012

Grand Event bertembung?

28 / 3 / 2012 mencatatkan 2 event besar yang berlaku di UM, daripada mahasiswa kepada mahasiswa untuk mahasiswa.


1. Grand Speaker Corner
Seperti biasa setiap hari rabu, jam 12.00 tengah hari gertempat di Main Library UM, akan ada speaker corner yang menampilkan speaker2 dari wakil pelajar. Cuma speaker corner ini dipengerusikan oleh Pro-Mahasiswa, maka kurang, boleh dikatakan tiada partisipasi dari pihak Penggerak Mahasiswa. Bertitik tolak daripada demonstrasi di KPT tempoh hari, mereka tampak lebih aggresif membawa agenda mahasiswa, atas respon KPT kepada mahasiswa bahawa MAHASISWA TIDAK MATANG. Kali ini mereka bawakan 2 isu :


- AWALKAN TARIKH PILIHANRAYA KAMPUS
Tarikh PRK buat masa ini ditetapkan pada bulan September dan Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) sudah secara rasminya dibubarkan akhir bulan Februari. Menuntut PRK diawalkan setelah pihak universiti mendapat penuh daripada KPT untuk secara autonomi menetapkan tarikh PRK di kampus. Pihak Pro-Mahasiswa melihat kelewatan PRK adalah tidak rasional setelah pihak HEP mengeluarkan notis PRK yang menyatakan 29/3/2012 sebagai hari mencabut undi. Ini juga dilihat bakal mengundang pelbagai masalah terhadap mahasiswa antaranya kampus akan tempang dari sudut kebajikan mahasiswa kerana tiada perwakilan pelajar dilantik.


- MENOLAK EXECUTIVE CARETAKER (EC)
Executive Caretaker bukan dari pilihan mahasiswa. Menambah lagi kehangatan isu ini, pihak HEP pada awalnya melantik pimpinan pelajar yang bukan dari mantan pimpinan MPPUM untuk memegang kerusi executive caretaker ini. Setelah didesak baru kemudiannya mereka memaklumkan senarai terbaru executive caretaker hanya melalui Facebook, satu medium tidak rasmi HEP untuk mengumumkan keputusan rasmi EC. Maklumat yang diperolehi mengatakan hampir keseluruhan senarai nama EC sebelum ini terdiri daripada pimpinan Penggerak Mahasiswa yang dilantik HEP berdasarkan ? Sedangkan tampuk pimpinan MPPUM sebelum ini dipegang oleh Pro-Mahasiswa secara majoriti.


U.M Grand Speaker'S Corner II : Mahasiswa x Matang atau Mereka yang Pantang?


2. Peace For Palestine
Ini pula event gathering yang dianjurkan oleh pihak Penggrak Mahasiswa. Dari printed banner yang ditampilkan, Peace For Palestine : Freedom and justice for Palestine dan ada diselitkan juga " Wadah Penggerak Mahasiswa ". Mereka tampilkan tema hitam-kuning bertujuaan mencetuskan gelombang Penggerak Mahasiswa di kampus UM. Menampilkan hampir kesemua pemimpin pelajar dari pihak mereka, event ini merupakan jemputan khas dari pihak penggerak kepada yang terlibat. Dan sudah pasti juga, tiada pula partisipasi dari Pro-mahasiswa.


" Jemputan dan ingatan. Larian amal palestine bersama pimpinan mahasiswa um. 4.30ptg. Tasik varsiti. 28mac. Rabu. Tema warna hitam kuning. Tak dapat hadir sila hantar wakil.... "
~mesej yang diterima oleh salah seorang peserta

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya taklimat dan streching, jogging sekitar tasik varsiti dan pertandingan tarik tali. Membawakan motif larian amal palestine, tetapi maklumat yang diperolehi manyatakan lebih kepada aktiviti gathering Penggerak Mahasiswa, pimpinan bersama ahli.


Sesi bergambar bersama pimpinan Penggerak Mahasiswa

Secara keseluruhannya penulis konklusikan :
- ke'tidak professional'an pihak HEP dalam mengurus tadbir mahasiswa.
- Pro-Mahasiswa seringkali mengadakan speaker corner, namun tiada hasil yang dapat dilihat.
- Penggerak Mahasiswa membawakan tema yang tidak tepat berkenaan Palestine memandangkan penulis difahamkan event yang lebih bercorak sosial, pergaulan lelaki perempuan dibatasi setelah diingatkan, seperti perkara biasa dalam Penggerak Mahasiswa. Ini sangat bercanggah dengan agenda Palestine yang seharusnya event bertemakan Palestine ini melahirkan kesedaran dan rasa sanggup berkorban demi menyalamatkan saudara seISLAM kita di sana. 

p/s: bukan bias tp penulis nmpak penggerak punya event kali ini slack sikit

Brader Jai Terdesak!!!

Salam 1 MALAYSIA. Kali nie sy nk cite sket HOT psai brader sorg nih. Kite main cite2 la ye, soo sy tukar sket gaya penulisn deh ~biar HOT

Ade sorg budak dok kolej 12 UM. Dengar cite budak 3rd year dah, tp budak lg laa...kahkahkah (gelak mcm BRADER JAI sket). Ntah ape kos dia amek tp mcm power sgt bab2 media nih. Dgr cite jgk ade team HACKER skali tuh...Fifi Fairuz FUYYOO!! Name die BRADER JAI...tp knape brader jai nih???aigoo...


nie dia lorh...

ehh... ade lg!!

hmmm...

amboih~ sewel2 dh BRAEDER JAI nih

aiyoyo...manyak suka itu maple kasi cerita~


But why itu maple BRADER JAI, ane sgt pining sama dia..!! Dia skrg dh manyak kali masuk itu FRESHIE pnye group tau..bikin HOT..tp 2 ane yg punya kija..aiyoyo

Tp ane tarak tau why itu budak 3rd year sibuk2 situ..ane punya kedai punya group tarak 1 pon dia kasi post..ooo patutla itu maple budak2 lg..main2 dlam FRESHIE sja..

~lawak ke der~

Deyh..BRADER JAI dh tua bangke nk dok lg dlm FRESHIE 2 ape cer!!meh cita sama ini ane laa..nie ane nk bgtau sapa itu BRADER JAI..

BRADER JAI is... ________

nnt laa ane cite..manyak pilanggan sudah penuh itu kedai punya mamak..ok cau..ane kasi HOT punya nnt ya..

AGAMA | AGAMA | AGAMA
dalam islam semua ada..macam2 ade..complete~

~Jai Oppa

Wednesday 14 March 2012

Hot! Pilihanraya Kampus Di Umumkan

Kecoh! Mengejutkan!


Pilihanraya Kampus telah pun diumumkan melalui notis Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Dalam notis tersebut tertulis tarikh penamaan calon akan dilakukan pada 26-28 Mac 2012 manakala tarikh mengundi pula akan diadakan pada 29 Mac 2012.


Bersediakah anda?

Friday 2 March 2012

Hot! Kehadiran Penggerak Semakin Dirasai

Wow!Hot!
Penggerak Mahasiswa(Gerak) sudah mula bergerak sejak akhir-akhir ini walaupun belum dilancarkan sepertimana yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa. Mungkin pendekatan mereka sedikit berbeza.


Mereka memperkenalkan identiti mereka dengan menampal poster berwarna kuning yang bertulis GERAK dan juga banner kuning yang berjalur hitam. Ada saksi mengatakan bahawa mereka melakukan kerja-kerja menampal poster dan juga menggantung banner di awal pagi. 


Yang penting, PRK is around the corner. Bersediakah anda untuk menghadapinya??

Pelbagai isu yang timbul akhir-akhir ini. Antaranya ialah perubahan pada sistem PRK. Pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah.

PRK UM tidak pernah surut akan kehangatannya, sama seperti semalam. Jika semalam kita dikejutkan dengan calon yang hilang, tahun ini bagaimana pula?
Isu e-voting juga mendapat perhatian umum di dalam mahupun di luar kampus.
Mungkinkah tahun ini ia bergema lagi?



Jika tahun lepas isu bengkel calon antara isu yang hangat diperkatakan, pada tahun ini apa pula? 


Apa yang jelas ialah andalah yang alan menentukan corak warna-warni PRK UM kali ini. Semoga PRK kali ini lebih bersih dan adil.

Wednesday 29 February 2012

Hot! Penggerak Mula Bergerak

You see that?
Yup!
Setelah beberapa hari selepas pelancaran Pro-Mahasiswa, kini Penggerak Mahasiswa tampil menunjukkan kewujudan mereka dengan menggantung banner mereka di hadapan bus stop main library.

Cukup jelas menandakan bahawa PRK yang dinanti-nanti bakal menjelang tiba.
Semestinya Pengerak Mahasiswa akan dilancarkan pada bila-bila masa.
Pada waktu yang sama, Pro-Mahasiswa sedang giat melakukan roadshow di kolej-kolej yang terpilih.

Tengah hari tadi, Speaker Corner dijalankan seperti biasa.Antara isu yang dibawa ialah mengenai perubahan pada sistem PRK yang diperkenalkan oleh TNC tanpa perbincangan bersama wakil mahasiswa.

Yang jelas, mahasiswa seharusnya bersedia untuk menghadapi PRK ini. Ia merupakan penentuan mengenai siapakah yang akan memegang tampuk kepimpinan yang akan datang. Semestinya mahasiswa inginkan perubahan yang jitu daripada kepimpinan yang akan datang.
PRK yang bersih juga merupakan harapan mahasiswa pada tahun ini. Semoga demokrasi subur di dalam kampus UM.

Wait and see. . 

Tuesday 28 February 2012

Hot! Dialog TNC Yang Sampah

Wow Ooo Wow !


Tahniah kepada mereka yang berusaha untuk mengadakan dialog TNC tempoh hari.
Dialog TNC dan pelajar.
Sampah?
Why you olz said like tat? brrrr. .


Antara yang dibincangkan oleh mereka ialah mengenai Pilihan Raya Kampus(PRK).
PRK, sebuah medan serius, digunakan untuk memilih badan kepimpinan mahasiswa.
Pemimpin yang dipilih sendiri oleh mahasiswa, yang membawa idealis mahasiswa(bukan hep), bekerja untuk mahasiswa.


Jikalau dulu syarat menjadi calon ialah pelajar mesti memperolehi PNGK sebanyak 3.0 ke atas.
Selepas dialog bersama TNC, TNC mewartakan bahawa syarat untuk menjadi calon kini mesti memperolehi PNGK sekurang-kurangnya 2.50 dan ke atas.


Kenapa? Kerana dalam AUKU pelajar tidak dibenarkan berpolitik, so dengan menurunkan syarat PNGK tersebut pelajar boleh melibatkan diri dengan politik kampus lebih meluas lagi.(Hujah dangkal)


Lebih baik tak payah buat syarat PNGK kan bagus. Pelajar yang berminat untuk menjadi pemimpin diberikan peluang seluas-luasnya untuk menyertai PRK. Kan lebih mudah?
Tujuan utama mengadakan syarat PNGK ialah untuk memilih pemimpin yang elok akademiknya, berintelektual, bukan hanya pandai memimpin tetapi juga pandai dalam akademiknya. Maka dengan penurunan PNGK tersebut adalah tidak rasional untuk PRK ini.



Kemudian pemilihan calon umum dipilih berdasarkan zon. Setiap zon diperuntukkan 2 kerusi calon umum. Pelajar hanya dibenarkan memilih calon umum untuk zon mereka sahaja. 


Kenapa? Kerana ada YB di fakulti yang tidak menjalankan tugas mereka. Maka dengan adanya pemilihan calon umum berdasarkan zon ini mampu menggerakkan seluruh YB Fakulti untuk berkerja untuk mahasiswa(bukan hep).
(Sekali lagi hujah dangkal)


Lebih baik tak payah buat pemilihan calon umum. Buat pemilihan calon zon cukup la.
Cuba anda bayangkan, bagaimanakah pemilihan YDP MPMUM nanti. YDP MPMUM mestilah calon umum yang dipilih oleh mahasiswa di seluruh UM bukannya berdasarkan zon.


Apa masalah mereka??
Anda ada jawapannya, kami juga mempunyai jawapan yang tersendiri.
Yang paling penting, mereka ada agenda masing-masing.

Wednesday 22 February 2012

Hot! Pelancaran Pro-Mahasiswa

PRK is coming!
Pro-Mahasiswa bakal melancarkan jentera mereka pada malam ini(23/2/12) di Dataran DTC.
Wow Awalnyerrr!!
Tidak syak lagi, ini membawa maksud bahawa Pilihan Raya Kampus sudah hampir tiba.
Penggerak Mahasiswa juga bakal melancarkan jentera mereka tidak lama lagi.

Pro-Mahasiswa dilihat bergerak pantas dalam menghadapi PRK kali ini.
Terutamanya dalam memenangi pengundi baru iaitu pelajar tahun pertama.

Dalam keghairahan Pro-Mahasiswa mendepani PRK yang akan datang.
Penggerak Mahasiswa dilihat aktif dengan aktiviti nasional mereka iaitu Aman Kampus.
Tetapi program Aman Kampus ini mendapat sambutan yang agak hambar di kampus Um.
Pelik, ada sesuatu yang ganjil pada banner tersebut. Kesalahan ejaan atau susunan ayat nampak amat ketara. Perkara ini telah direspon oleh Brader Jai di dalam blognya.

MPMUM pula dilihat bergiat aktif mendepani isu Wifi walaupun telah dibubarkan. 
Adakah ini propaganda atau kebajikan yang cuba dibawa oleh mereka?
Atau mungkinkah kerana perkara yang dikatakan oleh Saudara Mohd Taufiq ini?

Pembubaran MPMUM dilihat sebagai tidak rasional kerana terlalu awal berbanding kampus-kampus yang lain walaupun kabinet MPMUM dibentuk lambat iaitu pada akhir bulan April.

Walau bagaimanapun, keseriusan MPMUM dalam mendepani masalah mahasiswa adalah sangat dihargai.
PRK will be hot with these!

Tuesday 21 February 2012

Hot! MPMUM expired!

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) telah pun genap setahun memimpin mahasiswa UM.


Maka dengan itu tamatlah tempoh kepimpinan MPMUM sesi kali ini.
MPMUM akan dibubarkan pada bila-bila masa.

PRK pula akan diadakan pada bila-bila masa.


Maka siapakah yang bakal menjadi pilihan anda?
Pro-Mahasiswa atau Penggerak? 

Semestinya, mereka sama-sama hebat!!


Jika tahun lepas PRK dimenangi oleh Pro-Mahasiswa, 
bagaimana pula dengan PRK kali ini?
Andalah penentunya!


Yang pasti, calon yang menjadi pilihan mahasiswa mestilah mampu melakukan perubahan terhadap kampus yang terchenta ini. Berkebajikan. Berkepimpinan. Sentiasa kehadapan. Mampu membuka minda mahasiswa untuk melakukan perubahan yang membawa kebaikan.
Semestinya itulah harapan setiap mahasiswa terhadap bakal pemimpin mereka.


Jika tahun lepas kita dikejutkan dengan calon hilang, bagaimana pula dengan tahun ini? Agak hot di situ!
Harapannya, perkara-perkara sebegini tidak terjadi lagi.


Bagi pelajar tahun pertama, kemungkinan besar ramai yang tidak mengetahui apa itu Pilihanraya Kampus(PRK), inilah masa yang sesuai untuk anda mempelajari budaya politik demokrasi di Universiti Malaya.


Akhir sekali, perlu diingatkan. Andalah penentu corak PRK di UM. Harapannya agar PRK kali ini lebih matang dalam mendepani segala permasalahan yang akan datang. Sudah tentu politik kotor ditentang sama sekali. Semoga politik yang adil dapat dilaksanakan.




Monday 23 January 2012

Kem BroMc'12 Hot!!

Now hot again!
PMIUM aka Persatuan Mahasiswa Islam UM telah mengadakan Kem 'Brotherhood Of Muslim Camp'12 (BroMc'12) di Lopo Blue River Hulu Langat. Kem diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 21-22/1/12 dengan pelbagai aktiviti yang menarik. 


Persatuan Islam yang bergerak aktif di kampus UM kini memilih aktiviti 'outdoor' sebagai pengisian utama pada kem BroMc tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jungle tracking, night walk dan juga explorace.


Kem ini dikatakan telah mendapat banyak sambutan mahasiswa dan mahasiswi UM. Bukan pelajar Islam sahaja malah juga turut disertai pelajar bukan Islam. Kem ini juga telah mendapat sambutan daripada pelajar luar negara(foreigner) iaitu daripada Thailand, Indonesia dan Singapura.


Kem ini telah menunjukkan bahawa PMIUM tetap diterima oleh mahasiswa UM walaupun melalui pelbagai isu-isu kontroversi seperti demontrasi di PWTC dan UPSI.

Menurut komanden program, kem ini bertujuan untuk membersihkan rohani dan juga jasmani. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah antara mereka.

Setelah mengadakan BroMc selama 3 tahun, kem pada tahun ini merupakan antara peserta yang teramai mengikuti program tersebut. Walaupun ada peserta yang telah tamat peperiksaan pada awal waktunya, mereka sanggup menunggu sehingga waktu yang ditunggu tiba.



Serronokk ?!


Walaupun kem telah tamat, aktiviti ukhuwah tetap diteruskan di rumah pimpinan PMIUM.

Mereka telah menemani Brandon iaitu penghulu kem menyambut tahun baru cina di rumah tersebut. 



Syabas!

Thursday 12 January 2012

Apakah itu Magna Carta?

Hot!
Ramai yang tertanya-tanya mengenai Magna Carta.
Magna Carta dengan sebutan 'makna karta' itu seolah-olah perkara baru yang diada-adakan oleh Gerakan Bebas Akademik(Bebas) and the gang walaupun ianya telah lama dicipta.


Secara amnya, Magna Carta itu bermaksud sebuah dokumen atau helaian undang-undang yang menjamin hak asasi.


Magna Carta yang menjadi Hot! pada akhir-akhir ini merupakan antara usaha yang dilakukan oleh GMA iaitu Gerakan Mansuh Auku pada tahun 2008.


Sila tonton video ini- -



Dokumen ini telah diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen semasa berlakunya himpunan mansuh auku di hadapan perkarangan Bangunan Parlimen.


Antara isi dokumen tersebut ialah meminta supaya mahasiswa dan akademia diberikan kebebasan untuk berakademik. 


GMA yang memperjuangkan Mansuh AUKU telah memberikan gantian kepada akta tersebut dengan Magna Carta yang mana ia dicipta berdasarkan idealis mahasiswa.


Magna Carta for Student Act of 2008


Chapter 1 - General Principles
Chapter 2 - Right to Admission and Quality Education
Chapter 3 - Right to Organize
Chapter 4 - Right to Participate in Policy Making
Chapter 5 - Right to Free Expression and Information and Right to Education Freedom 
Chapter 6 - Right to Due Process in Disciplinary Proceeding
Chapter 7 - Other Rights
Chapter 8 - Responsibilities of The Students
Chapter 9 - Final Provisions
Untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini.


Gerakan untuk memansuhkan AUKU ini telah bergerak lebih kurang 40 tahun. Usaha ini berterusan dari generasi ke generasi sehinggalah kini Gerakan Kebebasan Akademik(Bebas) yang diketuai oleh Safwan Anang meneruskan perjuangan ini.


AUKU ini telah dicipta oleh Tun Sri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1971. Antara sebab Auku ini diciptakan ialah untuk menjaga akademik pelajar khususnya pelajar Melayu yang dilihat menghabiskan banyak masa kerana minat mereka dalam arena politik waktu itu.
Yang menariknya, kata-kata beliau diakhiri dengan- - 
"Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU"
Penulisan beliau boleh di rujuk di sini.


Mengenai mahasiswa dan politik, anda boleh rujuk video bual bicara ProMahasiswa di dalam rancangan Let's Talk oleh Mobs TV.
Mahasiswa dan Politik part 1 - ProMahasiswa
Mahasiswa dan Politik part 2 - ProMahasiswa

Hangat!

Wednesday 11 January 2012

Respon Bukhairy Terhadap Isunya

Hot!
Berikut merupakan respon Bukhairy sendiri terhadap isu yang hangat akhir-akhir ini terhadap beliau.

Beliau akan menjelaskan apa yang terjadi kepada dirinya selepas tamat peperiksaan.
UMH mendoakan agar Bukhairy dapat melakukan peperiksaan dengan tenang.
Ini pula respon YDP MPMUM saudara Syahid Zaini.


Jelas, Mahasiswa tidak tergugat malah mahasiswa sedang menggugat!
Pelbagai cerita dan permasalahan menarik yang sering timbul di kalangan mereka ini. Isu yang paling famous ialah isu Wifi.
UMH berharap MPMUM kali ini terus cemerlang dan MPMUM sesi hadapan dapat mencontohi kecemerlangan mereka.


Sebelum itu mari kita layan video ini, video yang menerangkan siapakah minoriti di dalam kampus - -

Pergh! Really hot!

Mahasiswa Digugat?

Hot!


Baru-baru ini UM dihangatkan lagi dengan isu penahanan saudara Mohamed Bukhairy Mohamed Safian iaitu timbalan setiausaha MPMUM.


Beliau telah ditangkap pada hari Sabtu 7/1/2012. Beliau telah di bawa ke Balai Polis Pantai kerana tidak memberikan kerjasama kepada anggota polis yang mahu memeriksa pengenalan diri beliau berhampiran pintu masuk utama UM. Diberitakan bahawa salah faham telah berlaku antara Bukhairy dan anggota polis. Polis yang berpakaian biasa itu dianggap penyamun oleh beliau kerana ada banyak kes samun pada akhir-akhir ini.





Kemudian dia di bawa ke Balai Polis Petaling untuk menjalani ujian air kencing dan di ambil beberapa keterangan yang kemudiannya di tahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil atas arahan tahan reman selama 4 hari.


"Kita tidak kisah jika polis jalankan siasatan atau ambil keterangan tapi bukan keluarkan temah tanpa sebarang sebab munasabah" Murni Hidayah Anuar, peguam kepada Bukhairy.


Arahan tangkap reman itu dilihat tidak rasional hanya kerana Bukhairy tidak memberikan kerjasama dengan anggota polis. Kemudiannya Bukhairy dibebaskan pada hari Ahad 8/1/2012. Isu ini bukan berhenti setakat ini sahaja, Bukhairy kemudian diminta untuk hadir pada hari Selasa 10/1/2012 ke Mahkamah di Jalan Duta. 


Begitu pelik sekali, kes Bukhairy menjadi serius sehingga di bawa ke Mahkamah. Bukhairy meminta untuk ditunda ke hari Rabu kerana dia beliau ada peperiksaan pada hari tersebut. 


Pagi tadi, Rabu 11/1/2012 beliau tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM2000 dengan seorang penjamin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan dijadualkan untuk ke Mahkamah semula pada16/1/12 untuk sebutan kes.





Turut sama merespon isu ini walaupun hanya dengan share status ialah YB Yu Sheng Leong.




Yang menjadi tanda tanya ialah:
Mengapa Bukhairy sahaja yang dipilih untuk disoal siasat?
Malah menjadi sangat pelik apabila 7 orang anggota polis ditugaskan untuk menangkap beliau. Seolah-olah beliau melakukan jenayah yang sangat berat.
Mengapa tangkapan dilakukan di dalam waktu peperiksaan? Seolah-olah ingin mengganggu kosentrasi beliau dalam peperiksaan.
Mengapa kes ini dipanjangkan ke mahkamah?

Untuk maklumat lanjut, kita tunggu sahaja keterangan penuh daripada saudara Bukhairy sendiri mengenai kes beliau. Diharap orang ramai tidak menimbulkan spekulasi buruk terhadap beliau.

Monday 9 January 2012

Adam Adli Digantung Pengajian 3 Semester

Adam Adli still hot!


Jika pagi tadi kita mendapat berita mengenai pembebasan DS Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan ke atasnya. Petang ini pula berita mengenai penggantungan pengajian terhadap Adam Adli pula.


Adam Adli dijatuhkan hukuman gantung tidak bertali terhadap pengajiannya selama 3 semester.


Wow! Sekejapnyer!


Walaubagaimanapun. keputusan itu dikeluarkan pada jam 4.50 pm tadi. 



Gazebodaily melaporkan bahawa keputusan itu telah pun dijangka oleh Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq.  


Malaysiakini pula melaporkan bahawa Adam Adli akan mengambil tindakan undang-undang untuk melawan keputusan itu.


Lawan tetap lawan!

Sunday 8 January 2012

Kenyataan Berani Benz Ali Mengenai Tragedi 1.1.12

Perghhh!
Antara perkembangan Tragedi 1.1.12 yang UMH terlepas pandang, iaitu kenyataan Benz Ali di dalam nota mukabukunya. Dengan tajuk 'Mohon siasatan!Dan gua bertanggungjawab!!'.


Benz Ali menyatakan bahawa dia mendapat info daripada kakak iparnya bahawa rakan kakaknya itu iaitu merupakan seorang polis menceritakan bahawa polis yang bertindak ganas pada pagi 1.1.12 telah dicucuk ubat oleh orang atasan. Kemudian mereka diberi 'minum' sebelum perististiwa itu berlaku.

Tambahan beliau, perkara ini telah dirancang seminggu sebelum kejadian tersebut itu berlaku. Malahan, polis yang terlibat pada malam itu juga merupakan polis yang baru(freshie).



Pihak UMH menasihatkan agar orang ramai tidak menimbulkan spekulasi buruk terhadap polis berhubung kenyataan ini. UMH tabik dengan keberanian Benz Ali tersebut. Berani kerana benar! Sejauh mana kebenaran kenyataan Benz Ali, kita tunggu sahaja keputusan siasatan yang sedang dijalankan. 

SMM di Perhimpunan Bebas Anwar 901

Hot forever!
DS Anwar Ibrahim hari ini telah dibebaskan daripada pertuduhan. Dalam keputusan yang dibacakan tadi, hakim mengatakan bahawa Mahkamah tidak menerima bukti sampel DNA semata-mata walaupun Saiful Bukhari merupakan saksi yang berkredibiliti.
Keputusan itu disambut dengan penuh kegembiraan. Laungan takbir kedengaran dan air mata kegembiraan berlinangan.


Turut menjadi perhatian pada pagi tadi ialah Safwan Anang ketua Gerakan Bebas Akademik(Bebas) turut hadir ke tempat perhimpunan.


Selain itu, Adam Adli ketua Legasi Mahasiswa Progressif(LMP) juga turut sama menyertai perhimpunan tersebut. 



Tindakan mereka hadir ke perhimpunan aman Bebas Anwar 901 dilihat sebagai menyahut seruan SMM yang menggesa seluruh mahasiswa untuk turun ke perhimpunan tersebut.


Tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) dilihat sebagai menyuburkan lagi politik di kalangan mahasiswa. Dimana sebelum ini mahasiswa sering dimomokkan dengan AUKU yang mengekang mahasiswa terlibat daripada politik nasional. Tindakan ini juga merupakan satu respon daripada Menteri KPT yang telah membenarkan mahasiswa untuk turun menyertai perhimpunan tersebut.

Jelasnya di sini bahawa, Penggerak Mahasiswa UM sudah pasti dulu, kini dan selamanya tidak akan turun ke mana-mana perhimpunan kerana mereka merupakan golongan yang membencikan demonstrasi kecuali perhimpunan yang diadakan oleh Aspirasi di Putrajaya tahun lepas.

Kenyataan Menteri KPT dilihat sebagai petanda baik dalam perkembangan  pindaan auku yang mana membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik. Aspirasi yang tidak menyokong agar auku ini dipindakan seolah-olah mati kutu apabila Menteri KPT tersebut menyatakan kenyataan seperti itu. Jika sebelum ini mereka mengadakan demonstrasi aman dihadapan bangunan KPT untuk menentang YB Saifuddin Abdullah, adakah mereka akan turut melakukan perkara yang sama untuk menentang Menteri KPT?

Soalan ini UMH serahkan kembali kepada penyokong dan pendokong Aspirasi dan Penggerak Mahasiswa UM. Sementara kami masih menunggu jawapan mengenai isu hot kami yang lepas iaitu adakah banting Kelab 1Malaysia ditaja oleh penaungnya iaitu DS Sharizat Ab Jalil.

Wait and see. . .