Perghhh!
Antara perkembangan Tragedi 1.1.12 yang UMH terlepas pandang, iaitu kenyataan Benz Ali di dalam nota mukabukunya. Dengan tajuk 'Mohon siasatan!Dan gua bertanggungjawab!!'.Benz Ali menyatakan bahawa dia mendapat info daripada kakak iparnya bahawa rakan kakaknya itu iaitu merupakan seorang polis menceritakan bahawa polis yang bertindak ganas pada pagi 1.1.12 telah dicucuk ubat oleh orang atasan. Kemudian mereka diberi 'minum' sebelum perististiwa itu berlaku.
Tambahan beliau, perkara ini telah dirancang seminggu sebelum kejadian tersebut itu berlaku. Malahan, polis yang terlibat pada malam itu juga merupakan polis yang baru(freshie).
Pihak UMH menasihatkan agar orang ramai tidak menimbulkan spekulasi buruk terhadap polis berhubung kenyataan ini. UMH tabik dengan keberanian Benz Ali tersebut. Berani kerana benar! Sejauh mana kebenaran kenyataan Benz Ali, kita tunggu sahaja keputusan siasatan yang sedang dijalankan.

No comments:
Post a Comment