Friday 7 September 2012

MHS UM DIHADIRI PERDANA MENTERI KE4




Kehangatan Minggu Haluan Siswa UM dihangatkan lagi dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada slot “Talk Bersama Tun Mahathir” di DTC pada hari keempat program tersebut dijalankan.



 Dalam slot  jam 2 petang itu, Tun Mahathir telah mengupas sedikit tajuk Talk “Generasi Muda : Penentu atau Pemusnah Wawasan 2020” dalam masa lebih kurang 10 minit. Seterusnya slot diteruskan dengan sesi soal jawab.

Bertalu-talu soalan yang diajukan pada beliau sehinggakan ada siswa yang tidak dapat peluang untuk bertanya walaupun telah berusaha untuk bangun bertanya sebanyak 3 kali. UMH dimaklumkan bahawa ada Pembantu Mahasiswa yang bertindak menghalang pelajar yang ingin bertanya soalan kerana ingin membuka laluan hanya untuk soalan-soalan yang telah diset up sahaja. Berikut merupakan antara soalan dan jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir dalam sesi soal jawab tersebut.

                1 ) soalan berkaitan mahasiswa giat berpolitik dan pelajaran terabai.
                J : mahasiswa boleh ikut politik tetapi aktiflah ketika sudah bergraduasi nanti. Sekarang tumpukan pada pelajaran. Apabila sudah grade, nak jadi wakil pun tiada masalah.

                2) berkenaan peristiwa yang berlaku ketika malam Kemerdekaan – bendera Malaysia dibuka dan diganti dengan bendera rakyat.
                J : merdeka tiada kaitan dengan politik. Ianya merupakan bendera negara, bendera kebangsaan.kalau dibuang satu bendera pun tiada rugi kerana masih banyak lagi bendera yang masih berkibar.

                3) sesetengah pihak dilihat bertindak ekstrim sekarang. Bagaimana pandangan Tun?
                J : biarlah jika ada yang ingin bertindak ekstrim, yang penting jangan diajak orang lain untuk turut sama.

                4) bagaimana dengan kritikan-kritikan yang banyak ditujukan pada pihak kerajaan sekarang.
                J : pendapat rakyat yang lebih patut diutamakan, bukan pendapat pimpinan semata-mata.

Majlis yang dianjurkan oleh pihak Aman Kampus yang mana disertai oleh alumni-alumni Aspirasi  ini diketuai oleh saudara Shahar Abdullah yang mana merupakan Pengerusi Gagasan Aman Kampus. Slot ini ditutup dengan sesi pendaftaran keahlian kelab ‘WE LOVE PM CLUB’.

Tuesday 4 September 2012

HOT : MHS HARI KEDUA





Hari kedua MHS Um menyaksikan beberapa orang pimpinan negara hadir memeriahkan lagi Minggu Haluan Siswa. Antara yang dijemput hadir ialah Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia dalam Sesi Bersama Pimpinan di Dewan Tunku Canselor.



Raja Nong Chik berpesan pada semua mahasiswa baru agar  menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak melibatkan diri dalam politik melampau. Beliau turut menyentuh berkenaan sumbangan kerajaan Malaysia kepada rakyat juga memaklumkan bahawa terdapat mahasiswa yang diperalatkan sehingga terlibat dalam demonstrasi jalanan seperti BERSIH.

“Mahasiswa perlu dinilai dan diteliti supaya tidak terjebak dengan masalah sosial serta politik kampus” , kata Raja Nong Chik yang juga merupakan Ketua UMNO bahagian Lembah Pantai.

Turut hadir melawat ke kolej-kolej kediaman ialah Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. 

Monday 3 September 2012

Hot: MHS 1st Day



Selamat datang diucapkan kepada pelajar baru sesi 2012/2013. 

Minggu Haluansiswa Universiti Malaya merupakan minggu orientasi yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pentadbiran kolej. Program ini dibantu oleh pelajar-pelajar yang terpilih untuk menjadi ‘Pembantu Mahasiswa’ yang mana menjadi pemudah cara dalam melancarkan perjalanan program ini. 

MHS pada kali ini membawa banyak kelainan dan yang paling menarik perhatian pelajar baru sesi 2012/2013 ini ialah Dialog Bersama Pemimpin yang akan diadakan pada hari Khamis jam 2.30 petang di Dewan Tunku Chanselor. Tun Dr Mahathir antara figure yang dijemput untuk memberikan ucapan pada acara tersebut. 

Budaya ‘Cheers’ juga masih diteruskan. Budaya tradisi mahasiswa Universiti Malaya ini juga merupakan antara yang menjadi perhatian orang ramai. Ada yang bersetuju budaya ini diteruskan, yang tidak bersetuju kecuali dengan pembaikan da nada juga yang menolaknya secara total. Budaya ini ada pro dan kontranya. 

Daripada tinjauan kami semalam, didapati ada sebahagian kolej yang tidak menjaga tatasusila apabila menjalankan aktiviti Cheers tersebut. Antaranya ialah Kolej Kediaman Pertama, pelajar perempuan dan pelajar lelaki telah melakukan Cheers secara berhadapan dan ianya berlainan dengan kolej-kolej yang lain. Ada antara mereka yang tidak senang dengan aktiviti sedemikian dan meminta agar aktiviti ini dilakukan dengan penuh tatatertib tanpa mengaibkan mana-mana pihak. 


Kami juga telah mendapat maklumat daripada seorang mahasiswa yang mengatakan bahawa ada sebahagian Pembantu Mahasiwa yang tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan, antaranya Kolej Kediaman Ke-8. Mereka telah dilepaskan daripada aktiviti pada jam 1 pagi malah ada pelajar Islam yang merungut apabila solat Isyak dilewatkan. Perkara ini seharusnya dielakkan daripada berlaku untuk mengelakkan salah faham yang mungkin terjadi dan mengganggu gugat keharmonian antara mahasiswa tersebut. 

Manakala di Kolej Kediaman Ke-4 pula, mereka dibenarkan untuk bersurai pada jam 12.30 pagi dan bangun semula pada jam 4.30 pagi untuk latihan cheers. Pembantu Mahasiswa seharusnya mematuhi masa yang telah ditetapkan, malah menjadi contoh yang baik kepada adik-adik.

Pelajar baru seharusnya didedahkan dengan sesuatu yang bermanfaat supaya menjadi penguat semangat kepada mereka untuk memulakan kehidupan baru di kampus Universiti Malaya. 

Setinggi-tinggi tahniah  diucapkan kepada anda yang telah mendapat tempat di Universiti Malaya, peluang ini seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya.



Hot?