Monday 3 September 2012

Hot: MHS 1st Day



Selamat datang diucapkan kepada pelajar baru sesi 2012/2013. 

Minggu Haluansiswa Universiti Malaya merupakan minggu orientasi yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pentadbiran kolej. Program ini dibantu oleh pelajar-pelajar yang terpilih untuk menjadi ‘Pembantu Mahasiswa’ yang mana menjadi pemudah cara dalam melancarkan perjalanan program ini. 

MHS pada kali ini membawa banyak kelainan dan yang paling menarik perhatian pelajar baru sesi 2012/2013 ini ialah Dialog Bersama Pemimpin yang akan diadakan pada hari Khamis jam 2.30 petang di Dewan Tunku Chanselor. Tun Dr Mahathir antara figure yang dijemput untuk memberikan ucapan pada acara tersebut. 

Budaya ‘Cheers’ juga masih diteruskan. Budaya tradisi mahasiswa Universiti Malaya ini juga merupakan antara yang menjadi perhatian orang ramai. Ada yang bersetuju budaya ini diteruskan, yang tidak bersetuju kecuali dengan pembaikan da nada juga yang menolaknya secara total. Budaya ini ada pro dan kontranya. 

Daripada tinjauan kami semalam, didapati ada sebahagian kolej yang tidak menjaga tatasusila apabila menjalankan aktiviti Cheers tersebut. Antaranya ialah Kolej Kediaman Pertama, pelajar perempuan dan pelajar lelaki telah melakukan Cheers secara berhadapan dan ianya berlainan dengan kolej-kolej yang lain. Ada antara mereka yang tidak senang dengan aktiviti sedemikian dan meminta agar aktiviti ini dilakukan dengan penuh tatatertib tanpa mengaibkan mana-mana pihak. 


Kami juga telah mendapat maklumat daripada seorang mahasiswa yang mengatakan bahawa ada sebahagian Pembantu Mahasiwa yang tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan, antaranya Kolej Kediaman Ke-8. Mereka telah dilepaskan daripada aktiviti pada jam 1 pagi malah ada pelajar Islam yang merungut apabila solat Isyak dilewatkan. Perkara ini seharusnya dielakkan daripada berlaku untuk mengelakkan salah faham yang mungkin terjadi dan mengganggu gugat keharmonian antara mahasiswa tersebut. 

Manakala di Kolej Kediaman Ke-4 pula, mereka dibenarkan untuk bersurai pada jam 12.30 pagi dan bangun semula pada jam 4.30 pagi untuk latihan cheers. Pembantu Mahasiswa seharusnya mematuhi masa yang telah ditetapkan, malah menjadi contoh yang baik kepada adik-adik.

Pelajar baru seharusnya didedahkan dengan sesuatu yang bermanfaat supaya menjadi penguat semangat kepada mereka untuk memulakan kehidupan baru di kampus Universiti Malaya. 

Setinggi-tinggi tahniah  diucapkan kepada anda yang telah mendapat tempat di Universiti Malaya, peluang ini seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya.



Hot?



No comments:

Post a Comment