Wednesday 25 April 2012

AMAN KAMPUS : Mahasiswa Dilarang Menyertai BERSIH 3.0

Karnival Siswa Cakna Bersama AMAN KAMPUS sedang berlangsung bermula 23 hingga 29 April ini. Kali ini AMAN KAMPUS menjelajah ke UNIVERSITI MALAYA. Apa yang HOT!! AMAN KAMPUS yang sebelum ini diuar-uarkan mendapat sambutan hangat daripada seluruh mahasiswa tanah air tampak kurang mendapat sambutan di UM. Pelbagai aktiviti termasuk jualan yang diadakan berhadapan dengan Dewan Tunku Canselor tampak lengang. Bahkan aktiviti-aktiviti tersebut langsung tidak diketahui majoriti mahasiswa UM. Di mana "Siswa Cakna"? 



Tambahan lagi, kali ini lebih HOT, AMAN KAMPUS memberi laungan amaran kepada semua mahasiswa terutama yang berada di kampus UM agar tidak menyertai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April ini. Di mana HOT nya? Apa sebenarnya peranan AMAN KAMPUS di UM kali ini? Adakah hanya mahu menyampaikan mesej larangan ini, habis segala perbelanjaan diperuntukkan selama seminggu? Dan siapa yang memberikan segala macam peruntukkan untuk enent ini? Seharusnya delegasi AMAN KAMPUS, yang dipelopori siswa dan siswi ASPIRASI yang turut melibatkan barisan alumni mereka, bersikap lebih kreatif dan proaktif. 

Akhir kata, penulis boleh katakan bahawa AMAN KAMPUS di UM kali ini gagal total, bermakna AMAN KAMPUS langsung tidak mencapai matlamat "Siswa Cakna". Sudah sedia maklum UM merupakan universiti terulung di Malaysia, sekiranya di sini mereka gagal, di mana lagi akan mereka berjaya. Teruskan setia bersama UM-HOT kerana kami akan sentiasa CAKNA akan isu HOT

Sunday 15 April 2012

PTPTN Ditarik Balik

Hari ini UM kesayangan dihangatkan lagi dengan isu HOT. Setelah Malaysia dihangatkan dengan isu para mahasiswa berdemonstrasi di Dataran Merdeka semalam bagi membantah dan menggesa agar PTPTN dimansuhkan. Dan setelah itu, poster PTPTN menarik semula pinjaman mereka yang menyertai demonstrasi tersebut diedarkan.


Siapakah mereka yang dicari

Hampir keseluruhan "Bus Stop" di UM ini penuh dengan poster sedemikian ditampal. Cuma apa yang menghairankan, poster ini kelihatan agak janggal dan tidak formal. Seakan-akan bukan satu pemberitahuan rasmi oleh pihak PTPTN mahupun HEP UM. Bahkan seorang responden melaporkan bahawa beliau langsung tidak terlibat dalam demonstrasi yang berlaku semalam, tetapi turut disertakan gambarnya dalam poster tersebut. Menurutnya ketika itu beliau terpaksa pulang ke kampung atas urusan keluarga. Tambahnya lagi, beliau ada menyertai beberapa siri demonstrasi sebelum ini dan pakaian yang dipakai sewaktu demonstrasi sebelum ini sama seperti yang disiarkan dalam gambar tersebut. Untuk lebih kepastian sama ada pinjaman oleh PTPTN ini ditarik balik atau tidak, lebih baik berhubung terus dengan pihak PTPTN untuk mendapatkan penjelasan.

~sekiranya poster ini "FAKE", siapakah gerangan yang membuatnya?mmm..HOT..

Sunday 1 April 2012

Cuti-cuti Universiti Malaya

Selamat bercuti kepada semua warga Universiti Malaya khususnya dan juga kampus2 lain yang turut bercuti. Manfaatkan cuti pertengahan semester ini sebaiknya dengan berbakti kepada kedua ibu dan ayah mahupun sesiapa sahaja. Selagi kita mampu menggunakan nikmat Allah yang amat hebat ini, bergerak sana sini, bercakap itu ini, mendengar begitu begini (macam mirwana la pulak), berkhidmatlah kepada sesiapapun kerana Allah. Apa-apa pun 'stay healthy' dan semoga tidak lupa kembali ke Universitas tercinta. Ingin tahu apa yang berlaku di sekitar UM ketika waktu bercuti, teruskan bersama UM HOT, kerana kami pastikan yang HOT2 sampai kepada semua. "Keluarkan pistol tembak gua", biar HOT!!!

~lambat sikit post sebab penulis baru bercuti :)