Friday 7 September 2012

MHS UM DIHADIRI PERDANA MENTERI KE4




Kehangatan Minggu Haluan Siswa UM dihangatkan lagi dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada slot “Talk Bersama Tun Mahathir” di DTC pada hari keempat program tersebut dijalankan.



 Dalam slot  jam 2 petang itu, Tun Mahathir telah mengupas sedikit tajuk Talk “Generasi Muda : Penentu atau Pemusnah Wawasan 2020” dalam masa lebih kurang 10 minit. Seterusnya slot diteruskan dengan sesi soal jawab.

Bertalu-talu soalan yang diajukan pada beliau sehinggakan ada siswa yang tidak dapat peluang untuk bertanya walaupun telah berusaha untuk bangun bertanya sebanyak 3 kali. UMH dimaklumkan bahawa ada Pembantu Mahasiswa yang bertindak menghalang pelajar yang ingin bertanya soalan kerana ingin membuka laluan hanya untuk soalan-soalan yang telah diset up sahaja. Berikut merupakan antara soalan dan jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir dalam sesi soal jawab tersebut.

                1 ) soalan berkaitan mahasiswa giat berpolitik dan pelajaran terabai.
                J : mahasiswa boleh ikut politik tetapi aktiflah ketika sudah bergraduasi nanti. Sekarang tumpukan pada pelajaran. Apabila sudah grade, nak jadi wakil pun tiada masalah.

                2) berkenaan peristiwa yang berlaku ketika malam Kemerdekaan – bendera Malaysia dibuka dan diganti dengan bendera rakyat.
                J : merdeka tiada kaitan dengan politik. Ianya merupakan bendera negara, bendera kebangsaan.kalau dibuang satu bendera pun tiada rugi kerana masih banyak lagi bendera yang masih berkibar.

                3) sesetengah pihak dilihat bertindak ekstrim sekarang. Bagaimana pandangan Tun?
                J : biarlah jika ada yang ingin bertindak ekstrim, yang penting jangan diajak orang lain untuk turut sama.

                4) bagaimana dengan kritikan-kritikan yang banyak ditujukan pada pihak kerajaan sekarang.
                J : pendapat rakyat yang lebih patut diutamakan, bukan pendapat pimpinan semata-mata.

Majlis yang dianjurkan oleh pihak Aman Kampus yang mana disertai oleh alumni-alumni Aspirasi  ini diketuai oleh saudara Shahar Abdullah yang mana merupakan Pengerusi Gagasan Aman Kampus. Slot ini ditutup dengan sesi pendaftaran keahlian kelab ‘WE LOVE PM CLUB’.

Tuesday 4 September 2012

HOT : MHS HARI KEDUA





Hari kedua MHS Um menyaksikan beberapa orang pimpinan negara hadir memeriahkan lagi Minggu Haluan Siswa. Antara yang dijemput hadir ialah Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia dalam Sesi Bersama Pimpinan di Dewan Tunku Canselor.



Raja Nong Chik berpesan pada semua mahasiswa baru agar  menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak melibatkan diri dalam politik melampau. Beliau turut menyentuh berkenaan sumbangan kerajaan Malaysia kepada rakyat juga memaklumkan bahawa terdapat mahasiswa yang diperalatkan sehingga terlibat dalam demonstrasi jalanan seperti BERSIH.

“Mahasiswa perlu dinilai dan diteliti supaya tidak terjebak dengan masalah sosial serta politik kampus” , kata Raja Nong Chik yang juga merupakan Ketua UMNO bahagian Lembah Pantai.

Turut hadir melawat ke kolej-kolej kediaman ialah Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. 

Monday 3 September 2012

Hot: MHS 1st Day



Selamat datang diucapkan kepada pelajar baru sesi 2012/2013. 

Minggu Haluansiswa Universiti Malaya merupakan minggu orientasi yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pentadbiran kolej. Program ini dibantu oleh pelajar-pelajar yang terpilih untuk menjadi ‘Pembantu Mahasiswa’ yang mana menjadi pemudah cara dalam melancarkan perjalanan program ini. 

MHS pada kali ini membawa banyak kelainan dan yang paling menarik perhatian pelajar baru sesi 2012/2013 ini ialah Dialog Bersama Pemimpin yang akan diadakan pada hari Khamis jam 2.30 petang di Dewan Tunku Chanselor. Tun Dr Mahathir antara figure yang dijemput untuk memberikan ucapan pada acara tersebut. 

Budaya ‘Cheers’ juga masih diteruskan. Budaya tradisi mahasiswa Universiti Malaya ini juga merupakan antara yang menjadi perhatian orang ramai. Ada yang bersetuju budaya ini diteruskan, yang tidak bersetuju kecuali dengan pembaikan da nada juga yang menolaknya secara total. Budaya ini ada pro dan kontranya. 

Daripada tinjauan kami semalam, didapati ada sebahagian kolej yang tidak menjaga tatasusila apabila menjalankan aktiviti Cheers tersebut. Antaranya ialah Kolej Kediaman Pertama, pelajar perempuan dan pelajar lelaki telah melakukan Cheers secara berhadapan dan ianya berlainan dengan kolej-kolej yang lain. Ada antara mereka yang tidak senang dengan aktiviti sedemikian dan meminta agar aktiviti ini dilakukan dengan penuh tatatertib tanpa mengaibkan mana-mana pihak. 


Kami juga telah mendapat maklumat daripada seorang mahasiswa yang mengatakan bahawa ada sebahagian Pembantu Mahasiwa yang tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan, antaranya Kolej Kediaman Ke-8. Mereka telah dilepaskan daripada aktiviti pada jam 1 pagi malah ada pelajar Islam yang merungut apabila solat Isyak dilewatkan. Perkara ini seharusnya dielakkan daripada berlaku untuk mengelakkan salah faham yang mungkin terjadi dan mengganggu gugat keharmonian antara mahasiswa tersebut. 

Manakala di Kolej Kediaman Ke-4 pula, mereka dibenarkan untuk bersurai pada jam 12.30 pagi dan bangun semula pada jam 4.30 pagi untuk latihan cheers. Pembantu Mahasiswa seharusnya mematuhi masa yang telah ditetapkan, malah menjadi contoh yang baik kepada adik-adik.

Pelajar baru seharusnya didedahkan dengan sesuatu yang bermanfaat supaya menjadi penguat semangat kepada mereka untuk memulakan kehidupan baru di kampus Universiti Malaya. 

Setinggi-tinggi tahniah  diucapkan kepada anda yang telah mendapat tempat di Universiti Malaya, peluang ini seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya.



Hot?



Wednesday 9 May 2012

Program Kementerian bersama Mahasiswa : OPS 2020?

Hot lagi!
Kali ini pula merupakan pendedahan daripada seorang mahasiswa yang tidak ingin namanya dikenali. Dia telah menghantar emel kepada pihak UMH untuk mendedahkan sebuah program di bawah Kementerian Belia dan Sukan di Universiti Malaya.

Program ini diberitakan akan berlansung pada hari Sabtu ini yang bermula pada jam 7.30pagi di Padang Varsiti. Bukan itu sahaja malah penghantar emel tersebut turut mendedahkan bahawa program ini bakal disertai oleh lebih kurang 1800 pelajar UM.

Kata beliau, pelajar UM telah DIPERALATKAN apabila pihak program telah mewajibkan setiap kolej menghantar 150 orang daripada kolej masing-masing. 

Program yang bakal berlansung itu merupakan sebuah program khas Menteri bersama Pelajar Universiti. Menurut sumber.


Adakah program ini ada kaitannya dengan OPS 2020 yang telah didedahkan oleh jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional semalam???

Program yang dikatakan campurtangan Kerajaan Barisan Nasional dalam pentadbiran Universiti. Betul ke??

Betul atau salah, memang tidak dapat dinafikan pun. Sebelum ini pernah ada program parti MIC yang telah menjalankan programnya di dalam UM ni. Tetapi sejauh mana kebenaran OPS 2020 ni, sama-sama kita nantikan. OS

Yang penting, bukti! Bukan omong kosong!

Baru HOT!

Tuesday 8 May 2012

OPS 2020 :Fitnah Pro-Mahasiswa Kepada Kerajaan Barisan Nasional.

UM kian HOT dengan isu kali ini apabila mahasiswa didedahkan dengan konspirasi kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional melalui OPS 2020. Satu sidang media telah dibuat berhampiran kampus Universiti Malaya menampilkan Pengerusi dan Speaker Pro-Mahasiswa Nasional, serta wakil GAMIS

Oppss HOT!!! Apa itu OPS 2020? Bak kata Pro-Mahasiswa Nasional  OPS 2020 adalah satu operasi khas yang ditubuhkan berperanan dalam memastikan pilihanraya kampus tidak memberi sebarang kebangkitan moral kepada Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Ini bermakna sebarang perkara yang boleh dikaitkan dengan kebangkitan parti pembangkang ini akan dihalang serta merta, contohnya Pilihanraya Kampus. 



~Teks ucapan sidang media

Teks ucapan ini penulis dapatkan dari salah seorang wakil media yang terlibat. Mmm, apa pula kaitannya dengan UM? Mungkin tempat, tetapi penulis memberi tegasan kepada Pilihanraya Kampus UM yang dilihat semakin tidak tentu arah.

Konklusinya, Pro-Mahasiswa telah mengaitkan Pilihanraya Kampus Lewat adalah kerana campurtangan dari Barisan Nasional. Pihak UMH melihat perkara ini merupakan satu fitnah daripada Pro-Mahasiswa kepada Barisan Nasional dan pihak pentadbiran Universiti Malaya kerana membuat tuduhan tersebut TANPA BUKTI YANG JELAS.

Ingat, yang HOT penulis beri, anda nilai sendiri, asalkan HOT!

Wednesday 25 April 2012

AMAN KAMPUS : Mahasiswa Dilarang Menyertai BERSIH 3.0

Karnival Siswa Cakna Bersama AMAN KAMPUS sedang berlangsung bermula 23 hingga 29 April ini. Kali ini AMAN KAMPUS menjelajah ke UNIVERSITI MALAYA. Apa yang HOT!! AMAN KAMPUS yang sebelum ini diuar-uarkan mendapat sambutan hangat daripada seluruh mahasiswa tanah air tampak kurang mendapat sambutan di UM. Pelbagai aktiviti termasuk jualan yang diadakan berhadapan dengan Dewan Tunku Canselor tampak lengang. Bahkan aktiviti-aktiviti tersebut langsung tidak diketahui majoriti mahasiswa UM. Di mana "Siswa Cakna"? 



Tambahan lagi, kali ini lebih HOT, AMAN KAMPUS memberi laungan amaran kepada semua mahasiswa terutama yang berada di kampus UM agar tidak menyertai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April ini. Di mana HOT nya? Apa sebenarnya peranan AMAN KAMPUS di UM kali ini? Adakah hanya mahu menyampaikan mesej larangan ini, habis segala perbelanjaan diperuntukkan selama seminggu? Dan siapa yang memberikan segala macam peruntukkan untuk enent ini? Seharusnya delegasi AMAN KAMPUS, yang dipelopori siswa dan siswi ASPIRASI yang turut melibatkan barisan alumni mereka, bersikap lebih kreatif dan proaktif. 

Akhir kata, penulis boleh katakan bahawa AMAN KAMPUS di UM kali ini gagal total, bermakna AMAN KAMPUS langsung tidak mencapai matlamat "Siswa Cakna". Sudah sedia maklum UM merupakan universiti terulung di Malaysia, sekiranya di sini mereka gagal, di mana lagi akan mereka berjaya. Teruskan setia bersama UM-HOT kerana kami akan sentiasa CAKNA akan isu HOT

Sunday 15 April 2012

PTPTN Ditarik Balik

Hari ini UM kesayangan dihangatkan lagi dengan isu HOT. Setelah Malaysia dihangatkan dengan isu para mahasiswa berdemonstrasi di Dataran Merdeka semalam bagi membantah dan menggesa agar PTPTN dimansuhkan. Dan setelah itu, poster PTPTN menarik semula pinjaman mereka yang menyertai demonstrasi tersebut diedarkan.


Siapakah mereka yang dicari

Hampir keseluruhan "Bus Stop" di UM ini penuh dengan poster sedemikian ditampal. Cuma apa yang menghairankan, poster ini kelihatan agak janggal dan tidak formal. Seakan-akan bukan satu pemberitahuan rasmi oleh pihak PTPTN mahupun HEP UM. Bahkan seorang responden melaporkan bahawa beliau langsung tidak terlibat dalam demonstrasi yang berlaku semalam, tetapi turut disertakan gambarnya dalam poster tersebut. Menurutnya ketika itu beliau terpaksa pulang ke kampung atas urusan keluarga. Tambahnya lagi, beliau ada menyertai beberapa siri demonstrasi sebelum ini dan pakaian yang dipakai sewaktu demonstrasi sebelum ini sama seperti yang disiarkan dalam gambar tersebut. Untuk lebih kepastian sama ada pinjaman oleh PTPTN ini ditarik balik atau tidak, lebih baik berhubung terus dengan pihak PTPTN untuk mendapatkan penjelasan.

~sekiranya poster ini "FAKE", siapakah gerangan yang membuatnya?mmm..HOT..