Friday 30 December 2011

Di Ambang Tahun Baru

Bakal hot tak lama lagi!
Bagaimana sambutan Tahun Baru 2012 anda? Melihat pertunjukan bunga api di KLCC, Sunway Piramid, Pavillion? 
Atau dengan menyertai program-program yang bakal diadakan seperti ini?
 







Ataupun yang ini? hahaha. . 



Tidak kiralah apa pon aktiviti anda, pastikan anda melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah!
Mahasiswa semestinya mempunyai fikiran yang waras untuk berfikir yang mana lebih berfaedah.  



Azam tahun baru kami ialah UMH akan menjadi lebih HOT! pada masa yang akan datang!


Azam tahun baru anda? Boleh isi di ruangan komen jika perlu..

Monday 26 December 2011

Puisi Sang Saka Mahasiswa

Agak Hot! Ada agenda tersembunyi di sebalik bait-bait puisi!


Mahkamah dah sound Gerombolan durjana,

AUKU bercanggah Perlembagaan negara,
Pokjib dah gabra umum dipinda,
Mansuh sahaja… kan habis cerita

KL Sentral & PWTC medan ujian,
Minda merdeka dizahir perjuangan,
Ditangkap dihalau jadi cabaran,
Pantang undur mengalah jangan.

Beraninya Siswa bak Harimau muda,
Bendera diturun tanda protesnya,
Panglima marah meroyan gila,
Nak ludah tampar muka siswa,

Ludah & tampar ancaman Panglima,
Tidak bertamadun dangkal pula,
Diskusi ilmiah membuka minda,
Baru matang 1Malaysia.

Si kaki ludah membuka bicara,
Konco-konco dh siap siaga,
Senjatanya tangan bukan bicara,
Otaknya dilutut bukan dikepala

Panglima & konco berbaris sedia,
Nak masok Youtube hentam siswa,
Akhirnya diejek seantero maya,
Buat malu Pokjib 1Malaysia.

1Malaysia TV dilancar maya,
Nak lawan fitnah PR katanya,
Kalau berat sebelah macam TV3,
Jangan tengok… buang masa saja…

Adapun Pokjib tiada bicara,
Diam membisu komen tiada,
Bendera diturun dipasang semula,
Tak buleh dakwa jenayah tiada,

Adab sopan pekerti mulia,
Disanjung tinggi serata dunia,
Andai biadap perbuatan siswa,
Hadiah ‘Kek Tahi’ bagaimana pula?

Mual & loya video si polan,
Ludah & tampar jadi siulan,
Rantai dileher silau gemerlapan,
Mulut bertakbir menghalal perbuatan,

Mulanya serius dh jadi ceria,
Gelak ketawa memecah suasana,
Tak kering gusi lawak Panglima,
Calon ML Mega musim seterusnya.

Siswa pro-A pun nak demo sama,
Nak ucap sayang Pokjib 1Malaysia,
Belakang Pudin korang sound selamba,
Pudin nak jumpa korang enggan pula?

Ugutan bacul mainan Panglima,
Dijaja fitnah Utusex Meloya,
Kebebasan akademik intipati cerita,
Kenapa persepsi ‘biadap’ disensasi Media?

Siswa dikongkong berzaman lamanya,
Disekat suara dijumudkan minda,
Panglima machai tau angguk saja,
Macam lembu-lembu yg kak Jat bela,

Kuasa perubah ditangan Siswa,
Merubah landskap politik Malaysia,
Kuatkan tekad perjuanganmu anak muda,
Ayuh! PRU13 hancurkan Gerombolan durjana
Ptuih… ptuih… ptuih…

Roadshow BEBAS di Penang Hot!

Seriously! Hot meh!

Lihat poster ini. . 


Dan ini. . . 


Roadshow Solidariti untuk Kebebasan Akademik bakal diadakan di Padang Kota Lama di Pulau Pinang pada 29/12/11 ini. Roadshow ini akan bermula pada jam 1 petang.

Ayuh Mahasiswa Bersolidariti!

Tapi. . .

Ramai yang mempersoalkan, mengapa aktiviti-aktiviti ini dilakukan di dalam minggu belajar(study week). Mereka ini tidak memikirkan mengenai soal akademik ke? Sedangkan mereka memperjuangkan kebebasan akademik. 

Selain itu, roadshow tersebut juga disertai oleh  YDP MPMUM saudara Syahid Zaini yang sedang hot! sekarang ini.

Syahid Zaini yang dituduh tidak bekerja, MPMUM dikatakan mungkir janji dan Syahid Zaini terlalu sibuk dengan aktiviti nasional.  Sehingga ada yang mengatakan bahawa Syahid Zaini membiarkan rakan-rakannya di MPMUM membanting tulang menyelesaikan masalah-masalah di UM sendiri.

Betul ke?

Pihak UMH tidak mahu masuk campur kerana kebanyakan respon yang UMH dapat daripada MPMUM adalah masalah segelintir YB Penggerak yang sangat malas. Apabila dipanggil mesyuarat, mereka tidak mahu datang, alasan mereka kerana ingin menyiap tesis.

Komen UMH:: Kalau nak jadi YB, kenalah berkorban sedikit untuk kebajikan mahasiswa!

Itu merupakan masalah mereka di dalam MPMUM sendiri.

SO, MASALAH ANDA, ANDA SELESAIKAN SENDIRI. HOT U KNOW!!

Masalah Komunikasi MPMUM dan HEP

Agak Hot!


Akhir-akhir ini MPMUM dikatakan ingin mengadakan demostrasi membantah perkhidmatan WiFi yang tidak berkualiti. Kemudian demonstrasi yang dirancang bertukar menjadi konvoi penerangan isu Wifi(baca sini).


MPMUM dituduh sengaja menyimpan resolusi yang dibuat antara MPMUM dan HEP berkaitan penyelesaian isu WiFi pada hari Rabu 21/12/11 sehingga menyebabkan Penggerak Mahasiswa menggantungkan banting mereka yang bertulis Stop Demonstration in Campus(baca sini).


Kemudian timbul isu yang baru apabila seorang daripada barisan kepimpinan MPMUM saudara Nasrul Alam mengeluarkan statement ini di status mukabukunya. 


Diceritakan bahawa beliau dan page Mpm Um telah dihalang(block) daripada memberi page HEP.


Tindakan ini merupakan tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh badan profesional Universiti Malaya. Nasrul Alam yang merupakan wakil MPMUM tidak dapat menyampaikan maklumat-maklumat yang penting kepada mahasiswa UM berikutan berlakunya insiden ini.


Baru-baru ini, tindakan Penggerak Mahasiswa berjumpa dengan TNC HEP untuk menyelesaikan beberapa isu di UM dilihat sebagai tidak profesional. Perjumpaan tersebut dianggap sebagai diskusi kartun oleh segelintir mahasiswa UM. (Baca sini)


Ini merupakan antara contoh ketidak telusan yang dilakukan oleh pihak atasan. Pihak UMD berharap HEP memandang berat terhadap luahan hati YB Nasrul Alam ini dan kepada pembaca UM-Hot yang setia, nantikan pendedahan demi pendedahan yang akan kami lakukan di lain hari. Selamat mengulang kaji pelajaran!


Hot tak? Agak hot di situ!

Sunday 25 December 2011

Banting yang Hot!

Serius Hot!


Tindakan Penggerak Mahasiswa menggantungkan banting di pagi Jumaat(23/12/11) dianggap relevan dan rasional. Ini adalah kerana tindakan MPMUM yang bertindak tidak menghebahkan berita mengenai isu wifi yang telah diselesaikan oleh mereka pada hari Rabu(21/12/11).
(Baca sini)


Tindakan MPMUM dianggap kurang bijak kerana tetap ingin mengadakan demonstrasi walaupun isu itu telah selesai. Rupa-rupanya demonstrasi yang dikatakan sebenarnya telah bertukar menjadi konvoi penerangan isu WiFi. (Baca sini)

Walaupun sedemikian, tindakan Penggerak Mahasiswa menggantung banting 

STOP Demonstration In Campus menjadi kurang bijak setelah peristiwa ini berlaku.


Tindakan Penggerak ini menyebabkan ramai orang tertanya-tanya mengenai stand mereka terhadap Demostrasi di dalam kampus.


Antaranya ialah 










Dan juga yang ini. . 

Tindakan Pengerak Mahasiswa dipersoalkan dari pelbagai sudut antaranya:

Mengapa mereka menggantung banting itu sehari sahaja?
Dari mana mereka mendapat peruntukan untuk mencetak banting tersebut?
Adakah mereka mendapat kebenaran untuk menggantung banting tersebut?
Jika Ya, bagaimana mereka mendapat kebenaran tersebut?
Jika Tidak, mengapa mereka masih mengantungnya?
Adakah ini juga merupakan resolusi yang dibuat antara mereka dengan TNC HEP?
Adakah mereka tidak menyokong politik demokrasi?
Jika Ya, mengapa mereka tidak menyokong politik demokrasi yang diguna pakai oleh DS Najib Tun Razak dan Tun Mahatir suatu ketika dahulu?
Jika Tidak, adakah mereka tiada prinsip politik yang kukuh selepas Pro-Aspirasi mengadakan demostrasi di hadapan bangunan KPT?

Itu antara respon orang ramai terhadap tindakan Penggerak Mahasiswa.

UMH berpendapat bahawa ini merupakan salah faham Penggerak Mahasiswa dengan pihak MPMUM maka tidak perlulah banyak mempersoalkannya.

Really hot ma!!

Adam Adli Hot!

Isu hot akhir-akhir ini.


Isu turun bendera pada 17 Disember 2011 yang dilakukan oleh Adam Adli pada hari demonstrasi Bebas Akademik yang dilakukan oleh Gerakan Bebas Akademik(BEBAS) dan gerakan mahasiswa yang lain seperti SMM.


Isu ini mendapat liputan meluas sehingga mendapat pelbagai respons daripada orang ramai antaranya panglima perang(lihat sini).


Berikut merupakan wawancara antara wartawan Sinar Harian dan Adam Adli mengenai tindakan beliau tempoh hari.

Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.

Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai.
Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada pelajar.

Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan. Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi.


Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.

Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu. 


Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?

ADAM: Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?


Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?

ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti politik. 

Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik.


Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?

ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog, Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh, bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang? Siapa yang bodoh?

Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya. 

Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan. 


Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?

ADAM: Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar, saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh universiti kerana ini jalan yang saya pilih. 


Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?

ADAM: Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak kata jangan risau dan merestui perjuangan saya.

Sehingga hari ini saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah? Ayah kata, “sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat dan jangan patah balik, teruskan.” 

Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya.

Mereka kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia, takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya. 

Apa yang saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang menyokong seperti saya. 


Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?

ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin. Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi tiba-tiba penuh ketika ini.


Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?

ADAM: Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya dan tidak menyangka ia menjadi mainan media.

Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal.


Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif?

ADAM: Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan tegur, tidak kira dari sebelah manapun. 

Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif.


Apa pandangan Adam tentang Auku?

ADAM: Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada hari ini, mereka sudah buktikan. 

Jadi soalnya kenapa perlu Auku? Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga. Kita tidak boleh halang kuasa ini. 

Dahulu, pelajar mengadakan demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa. 


Siapa idola Adam?

ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji.


Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan?

ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.

Tindakan saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun, malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini.


Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri?

ADAM: Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf. 
Bukan maksud saya selama-lamanya tidak meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini.

Sumber : Sinar Harian




Credit to: Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh(wan_hazem90@yahoo.com)

Hot! Demonsrasi WiFi

Really hot!!

Baru-baru ini UM dihujani dengan pelbagai isu hangat malah mendapat liputan daripada media luar seperti MalaysiaKini.
Pihak MPMUM dikatakan ingin mengadakan demonstrasi membantah perkhidmatan WiFi yang teruk.
Antara punca utamanya ialah kelajuan WiFi yang lembab, yuran WiFi yang tinggi, dan pelaksanaan pemberian perisian percuma kepada pelajar.



Sehubungan dengan itu, pihak Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah mengeluarkan kenyataan supaya mahasiswa UM tidak berdemonstrasi kerana  isu WiFi telah selesai melalui emel SiswaMail dan melalui page HEP(rujuk sini).

Kemudian timbul isu pihak MPMUM tidak mewar-warkan berita masalah WiFi telah diselesaikan. Dikatakan bahawa MPMUM masih bertegas ingin meneruskan demonstrasi tersebut.


Akhirnya pada hari kejadian(23/12/2011), ramai polis berpakaian seragam memenuhi ruang jalan belakang masjid ar-Rahman. Mungkin ingin menangkap demonstran yang hadir.


Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku.


Demonstrasi tidak jadi dilaksanakan tetapi telah berubah menjadi Konvoi Penerangan Isu Wifi Bersama MPMUM.


Antara flyers yang diedarkan pada hari tersebut adalah seperti berikut:







Tindakan MPMUM melaksanakan konvoi tersebut adalah untuk menerangkan isu yang berlaku malah memberikan kronologi peristiwa penyelesaian isu WiFi di dalam flyers tersebut. Justeru, menolak segala tohmahan orang ramai terhadap MPMUM yang dikatakan mungkir janji.


Pihak UMH mengucapkan syabas kepada MPMUM kerana berjaya menyelesaikan masalah WiFi di kampus UM.

Saturday 24 December 2011

Hot! Usaha Pengerak Mahasiswa dipertikaikan!

Memang hot!

Usaha Penggerak Mahasiswa bertindak menyelesaikan isu Wi-Fi(klik sini) kerana MPMUM mungkir janji telah dipertikaikan oleh seorang mahasiswa.

























Kelvin Tee mempersoalkan tindakan HEP yang melayan Penggerak Mahasiswa(PM) dimana PM bukanlah satu badan yang berdaftar. 
Dia juga mempersoalkan tindakan HEP yang melayan PM walaupun peranan itu sepatutnya digalas oleh MPMUM. 
Dia juga mempersoalkan kehadiran banting Penggerak Mahasiswa yang bertulis 'No Demonsration' pada hari Jumaat yang lalu.
Akhir sekali dia mempersoalkan apakah relevannya diskusi itu berlansung kerana resolusi isu Wi-Fi itu telah pun tercapai di antara pihak MPMUM dan HEP.


Tindakan Kelvin Tee itu ada rasionalnya juga, selepas pihak UMH mencari maklumat daripada page HEP rupa-rupanya kenyataan Kelvin Tee adalah benar berdasarkan status HEP ini.

 

Berdasarkan status ini, pihak HEP telah menyatakan bahawa isu Wi-Fi telah diselesaikan pada hari rabu lagi iaitu 21/12/2011 bersama-sama dengan MPMUM. Status ini dikeluarkan 2 jam selepas diskusi Penggerak Mahasiswa berlansung.

Jadi apakah yang berlaku dengan sidang diskusi Penggerak Mahasiswa? 
Hmmm. . Really Hot!


Hot! Penggerak mahasiswa hebat!

Mutakhir ini, kampus Universiti Malaya gegak gempita dengan isu Wi-Fi yang lembab. MPMUM dikatakan mungkir janji. MPMUM tidak bekerja.


Akhirnya Penggerak Mahasiswa mengambil tindakan sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui diskusi tertutup bersama TNC HEP. Diskusi tersebut berlansung pada 22/12/2011 iaitu hari khamis yang lalu. Berlansung pada jam 12 tengah hari.

Yang menariknya! Penggerak Mahasiswa berjaya menyelesaikan masalah-masalah mahasiswa Universiti Malaya hanya sehari sahaja iaitu pada waktu tersebut.


Antaranya isu Wi-Fi



Syabas UMH ucapkan!!

Hot! YDP MPMUM sokong Koperasi 1Malaysia

Wow! Really hot!


Syahid Zaini yang sering mengeluarkan kenyataan berbaur benci terhadap pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Raza(DSNTR) kini tampil mengeluarkan kenyataan menyokong usaha beliau mengadakan koperasi 1Malaysia di dalam kampus.

Kenyataan beliau,


"InsyaAllah esok saya akan minum petang bersama Perdana Menteri sempena pembukaan koperasi 1Malaysia di UM.. InsyaAllah murah harga barang-barangnya nnt. ."

Kenyataan Syahid Zaini pada kali ini seolah-olah beliau menggalakkan kesuburan politik demokrasi di kampus, tidak kira parti mana dan kerajaan apa. Tindakan beliau dianggap rasional jika dikaitkan dengan perjuangannya pada akhir-akhir ini iaitu mansuh auku.

Saudara Syahid Zaini bersama teman di dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) bertegas ingin memansuhkan AUKU kerana mereka melihat akta ini mengekang mahasiswa untuk berfikir terutamanya di dalam bidang politik.

Syahid Zaini juga pernah memberikan manifesto Parlimen Mahasiswa ketika musim Pilihan Raya Kampus yang lepas. Parlimen mahasiswa ini merupakan usaha melibatkan wakil mahasiswa dalam merangka undang-undang terutamanya undang-undang yang berkaitan dengan mahasiswa. Parlimen mahasiswa juga merupakan jalan pintas untuk mahasiswa melontarkan idea atau suara mereka kepada kepimpinan negara.

MANSUH AUKU ini bukanlah tindakan kurang bijak daripada SMM tetapi permansuhan auku ini hendaklah digantikan dengan undang-undang yang baru dan undang-undang tersebut dilakukan dengan adanya wakil daripada mahasiswa sendiri.

UMH berharap agar usaha Syahid Zaini berjaya dalam menyuburkan politik kampus dan juga politik negara.

Kemunculan pertama kami!

Hot!! Wuutt! Wuutt!!


Kami datang!!


Jangan malu, jangan segan untuk membaca bait-bait ini!


Jadikan blog ini sebagai ruangan informasi anda!


Kami akan lakukan yang terbaik untuk anda mendapatkan informasi-informasi terkini mengenai kampus yang terchenta!







Blog ini akan memaparkan pergerakan dua parti politik kampus yang Hot!! iaitu 
pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi aka Penggerak Mahasiswa di Universiti Malaya.






Akhir kata, marilah kita menjadi mahasiswa yang cakna dengan isu semasa!!