Monday 23 January 2012

Kem BroMc'12 Hot!!

Now hot again!
PMIUM aka Persatuan Mahasiswa Islam UM telah mengadakan Kem 'Brotherhood Of Muslim Camp'12 (BroMc'12) di Lopo Blue River Hulu Langat. Kem diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 21-22/1/12 dengan pelbagai aktiviti yang menarik. 


Persatuan Islam yang bergerak aktif di kampus UM kini memilih aktiviti 'outdoor' sebagai pengisian utama pada kem BroMc tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jungle tracking, night walk dan juga explorace.


Kem ini dikatakan telah mendapat banyak sambutan mahasiswa dan mahasiswi UM. Bukan pelajar Islam sahaja malah juga turut disertai pelajar bukan Islam. Kem ini juga telah mendapat sambutan daripada pelajar luar negara(foreigner) iaitu daripada Thailand, Indonesia dan Singapura.


Kem ini telah menunjukkan bahawa PMIUM tetap diterima oleh mahasiswa UM walaupun melalui pelbagai isu-isu kontroversi seperti demontrasi di PWTC dan UPSI.

Menurut komanden program, kem ini bertujuan untuk membersihkan rohani dan juga jasmani. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah antara mereka.

Setelah mengadakan BroMc selama 3 tahun, kem pada tahun ini merupakan antara peserta yang teramai mengikuti program tersebut. Walaupun ada peserta yang telah tamat peperiksaan pada awal waktunya, mereka sanggup menunggu sehingga waktu yang ditunggu tiba.



Serronokk ?!


Walaupun kem telah tamat, aktiviti ukhuwah tetap diteruskan di rumah pimpinan PMIUM.

Mereka telah menemani Brandon iaitu penghulu kem menyambut tahun baru cina di rumah tersebut. 



Syabas!

Thursday 12 January 2012

Apakah itu Magna Carta?

Hot!
Ramai yang tertanya-tanya mengenai Magna Carta.
Magna Carta dengan sebutan 'makna karta' itu seolah-olah perkara baru yang diada-adakan oleh Gerakan Bebas Akademik(Bebas) and the gang walaupun ianya telah lama dicipta.


Secara amnya, Magna Carta itu bermaksud sebuah dokumen atau helaian undang-undang yang menjamin hak asasi.


Magna Carta yang menjadi Hot! pada akhir-akhir ini merupakan antara usaha yang dilakukan oleh GMA iaitu Gerakan Mansuh Auku pada tahun 2008.


Sila tonton video ini- -



Dokumen ini telah diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen semasa berlakunya himpunan mansuh auku di hadapan perkarangan Bangunan Parlimen.


Antara isi dokumen tersebut ialah meminta supaya mahasiswa dan akademia diberikan kebebasan untuk berakademik. 


GMA yang memperjuangkan Mansuh AUKU telah memberikan gantian kepada akta tersebut dengan Magna Carta yang mana ia dicipta berdasarkan idealis mahasiswa.


Magna Carta for Student Act of 2008


Chapter 1 - General Principles
Chapter 2 - Right to Admission and Quality Education
Chapter 3 - Right to Organize
Chapter 4 - Right to Participate in Policy Making
Chapter 5 - Right to Free Expression and Information and Right to Education Freedom 
Chapter 6 - Right to Due Process in Disciplinary Proceeding
Chapter 7 - Other Rights
Chapter 8 - Responsibilities of The Students
Chapter 9 - Final Provisions
Untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini.


Gerakan untuk memansuhkan AUKU ini telah bergerak lebih kurang 40 tahun. Usaha ini berterusan dari generasi ke generasi sehinggalah kini Gerakan Kebebasan Akademik(Bebas) yang diketuai oleh Safwan Anang meneruskan perjuangan ini.


AUKU ini telah dicipta oleh Tun Sri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1971. Antara sebab Auku ini diciptakan ialah untuk menjaga akademik pelajar khususnya pelajar Melayu yang dilihat menghabiskan banyak masa kerana minat mereka dalam arena politik waktu itu.
Yang menariknya, kata-kata beliau diakhiri dengan- - 
"Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU"
Penulisan beliau boleh di rujuk di sini.


Mengenai mahasiswa dan politik, anda boleh rujuk video bual bicara ProMahasiswa di dalam rancangan Let's Talk oleh Mobs TV.
Mahasiswa dan Politik part 1 - ProMahasiswa
Mahasiswa dan Politik part 2 - ProMahasiswa

Hangat!

Wednesday 11 January 2012

Respon Bukhairy Terhadap Isunya

Hot!
Berikut merupakan respon Bukhairy sendiri terhadap isu yang hangat akhir-akhir ini terhadap beliau.

Beliau akan menjelaskan apa yang terjadi kepada dirinya selepas tamat peperiksaan.
UMH mendoakan agar Bukhairy dapat melakukan peperiksaan dengan tenang.
Ini pula respon YDP MPMUM saudara Syahid Zaini.


Jelas, Mahasiswa tidak tergugat malah mahasiswa sedang menggugat!
Pelbagai cerita dan permasalahan menarik yang sering timbul di kalangan mereka ini. Isu yang paling famous ialah isu Wifi.
UMH berharap MPMUM kali ini terus cemerlang dan MPMUM sesi hadapan dapat mencontohi kecemerlangan mereka.


Sebelum itu mari kita layan video ini, video yang menerangkan siapakah minoriti di dalam kampus - -

Pergh! Really hot!

Mahasiswa Digugat?

Hot!


Baru-baru ini UM dihangatkan lagi dengan isu penahanan saudara Mohamed Bukhairy Mohamed Safian iaitu timbalan setiausaha MPMUM.


Beliau telah ditangkap pada hari Sabtu 7/1/2012. Beliau telah di bawa ke Balai Polis Pantai kerana tidak memberikan kerjasama kepada anggota polis yang mahu memeriksa pengenalan diri beliau berhampiran pintu masuk utama UM. Diberitakan bahawa salah faham telah berlaku antara Bukhairy dan anggota polis. Polis yang berpakaian biasa itu dianggap penyamun oleh beliau kerana ada banyak kes samun pada akhir-akhir ini.





Kemudian dia di bawa ke Balai Polis Petaling untuk menjalani ujian air kencing dan di ambil beberapa keterangan yang kemudiannya di tahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil atas arahan tahan reman selama 4 hari.


"Kita tidak kisah jika polis jalankan siasatan atau ambil keterangan tapi bukan keluarkan temah tanpa sebarang sebab munasabah" Murni Hidayah Anuar, peguam kepada Bukhairy.


Arahan tangkap reman itu dilihat tidak rasional hanya kerana Bukhairy tidak memberikan kerjasama dengan anggota polis. Kemudiannya Bukhairy dibebaskan pada hari Ahad 8/1/2012. Isu ini bukan berhenti setakat ini sahaja, Bukhairy kemudian diminta untuk hadir pada hari Selasa 10/1/2012 ke Mahkamah di Jalan Duta. 


Begitu pelik sekali, kes Bukhairy menjadi serius sehingga di bawa ke Mahkamah. Bukhairy meminta untuk ditunda ke hari Rabu kerana dia beliau ada peperiksaan pada hari tersebut. 


Pagi tadi, Rabu 11/1/2012 beliau tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM2000 dengan seorang penjamin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan dijadualkan untuk ke Mahkamah semula pada16/1/12 untuk sebutan kes.





Turut sama merespon isu ini walaupun hanya dengan share status ialah YB Yu Sheng Leong.




Yang menjadi tanda tanya ialah:
Mengapa Bukhairy sahaja yang dipilih untuk disoal siasat?
Malah menjadi sangat pelik apabila 7 orang anggota polis ditugaskan untuk menangkap beliau. Seolah-olah beliau melakukan jenayah yang sangat berat.
Mengapa tangkapan dilakukan di dalam waktu peperiksaan? Seolah-olah ingin mengganggu kosentrasi beliau dalam peperiksaan.
Mengapa kes ini dipanjangkan ke mahkamah?

Untuk maklumat lanjut, kita tunggu sahaja keterangan penuh daripada saudara Bukhairy sendiri mengenai kes beliau. Diharap orang ramai tidak menimbulkan spekulasi buruk terhadap beliau.

Monday 9 January 2012

Adam Adli Digantung Pengajian 3 Semester

Adam Adli still hot!


Jika pagi tadi kita mendapat berita mengenai pembebasan DS Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan ke atasnya. Petang ini pula berita mengenai penggantungan pengajian terhadap Adam Adli pula.


Adam Adli dijatuhkan hukuman gantung tidak bertali terhadap pengajiannya selama 3 semester.


Wow! Sekejapnyer!


Walaubagaimanapun. keputusan itu dikeluarkan pada jam 4.50 pm tadi. 



Gazebodaily melaporkan bahawa keputusan itu telah pun dijangka oleh Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq.  


Malaysiakini pula melaporkan bahawa Adam Adli akan mengambil tindakan undang-undang untuk melawan keputusan itu.


Lawan tetap lawan!

Sunday 8 January 2012

Kenyataan Berani Benz Ali Mengenai Tragedi 1.1.12

Perghhh!
Antara perkembangan Tragedi 1.1.12 yang UMH terlepas pandang, iaitu kenyataan Benz Ali di dalam nota mukabukunya. Dengan tajuk 'Mohon siasatan!Dan gua bertanggungjawab!!'.


Benz Ali menyatakan bahawa dia mendapat info daripada kakak iparnya bahawa rakan kakaknya itu iaitu merupakan seorang polis menceritakan bahawa polis yang bertindak ganas pada pagi 1.1.12 telah dicucuk ubat oleh orang atasan. Kemudian mereka diberi 'minum' sebelum perististiwa itu berlaku.

Tambahan beliau, perkara ini telah dirancang seminggu sebelum kejadian tersebut itu berlaku. Malahan, polis yang terlibat pada malam itu juga merupakan polis yang baru(freshie).



Pihak UMH menasihatkan agar orang ramai tidak menimbulkan spekulasi buruk terhadap polis berhubung kenyataan ini. UMH tabik dengan keberanian Benz Ali tersebut. Berani kerana benar! Sejauh mana kebenaran kenyataan Benz Ali, kita tunggu sahaja keputusan siasatan yang sedang dijalankan. 

SMM di Perhimpunan Bebas Anwar 901

Hot forever!
DS Anwar Ibrahim hari ini telah dibebaskan daripada pertuduhan. Dalam keputusan yang dibacakan tadi, hakim mengatakan bahawa Mahkamah tidak menerima bukti sampel DNA semata-mata walaupun Saiful Bukhari merupakan saksi yang berkredibiliti.
Keputusan itu disambut dengan penuh kegembiraan. Laungan takbir kedengaran dan air mata kegembiraan berlinangan.


Turut menjadi perhatian pada pagi tadi ialah Safwan Anang ketua Gerakan Bebas Akademik(Bebas) turut hadir ke tempat perhimpunan.


Selain itu, Adam Adli ketua Legasi Mahasiswa Progressif(LMP) juga turut sama menyertai perhimpunan tersebut. 



Tindakan mereka hadir ke perhimpunan aman Bebas Anwar 901 dilihat sebagai menyahut seruan SMM yang menggesa seluruh mahasiswa untuk turun ke perhimpunan tersebut.


Tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) dilihat sebagai menyuburkan lagi politik di kalangan mahasiswa. Dimana sebelum ini mahasiswa sering dimomokkan dengan AUKU yang mengekang mahasiswa terlibat daripada politik nasional. Tindakan ini juga merupakan satu respon daripada Menteri KPT yang telah membenarkan mahasiswa untuk turun menyertai perhimpunan tersebut.

Jelasnya di sini bahawa, Penggerak Mahasiswa UM sudah pasti dulu, kini dan selamanya tidak akan turun ke mana-mana perhimpunan kerana mereka merupakan golongan yang membencikan demonstrasi kecuali perhimpunan yang diadakan oleh Aspirasi di Putrajaya tahun lepas.

Kenyataan Menteri KPT dilihat sebagai petanda baik dalam perkembangan  pindaan auku yang mana membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik. Aspirasi yang tidak menyokong agar auku ini dipindakan seolah-olah mati kutu apabila Menteri KPT tersebut menyatakan kenyataan seperti itu. Jika sebelum ini mereka mengadakan demonstrasi aman dihadapan bangunan KPT untuk menentang YB Saifuddin Abdullah, adakah mereka akan turut melakukan perkara yang sama untuk menentang Menteri KPT?

Soalan ini UMH serahkan kembali kepada penyokong dan pendokong Aspirasi dan Penggerak Mahasiswa UM. Sementara kami masih menunggu jawapan mengenai isu hot kami yang lepas iaitu adakah banting Kelab 1Malaysia ditaja oleh penaungnya iaitu DS Sharizat Ab Jalil.

Wait and see. . .

Saturday 7 January 2012

Banting Kelab 1Malaysia Dipersoalkan

Memang HOT!


Pada hari Jumaat yang lepas, UM dihiasi dengan banting-banting yang bertulis "Good Luck for Your Exam" dan "We Love UM, We Hate Demonstration" daripada Kelab 1Malaysia.(Baca sini)

Kelab 1Malaysia dan Penggerak Mahasiswa telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.  Antaranya ialah:


Ini merupakan respon daripada seorang mahasiswa UM. Dia mempersoalkan samada Kelab 1Malaysia ini merupakan kelab yang berada di bawah parti politik atau kerajaan(Barisan Nasional). Dia juga mempersoalkan mengenai banting yang digantung itu adakah ianya digantung dengan mendapat kelulusan daripada pentadbiran?

Kemudian, isu ini bertambah hot apabila ada seorang mahasiswa mendakwa bahawa banting yang digantung ini mendapat tajaan daripada Penaung kepada Kelab 1Malaysia iaitu DS Sharizat Ab Jalil.
Betul ke DS Sharizat Ab Jalil ini merupakan penaung kepada Kelab 1Malaysia?
Kalau betul, mereka yang menyokong auku ini boleh dikenakan akta yang mereka pertahankan itu sendiri.
Mungkin Kelab 1Malaysia atau Penggerak Mahasiswa ada jawapannya, nantikan respon mereka melalui blog Brader Jai.


Wow!

Friday 6 January 2012

Tragedi 1.1.12 Bebas Serah Bukti dan Testimonial

Pergh! Cerita semakin menarik!

Bukit Aman, 6 Dis : Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini telah menyerahkan memorandum dan bukti-bukti keganasan polis terhadap mahasiswa ketika insiden 1 Januari lalu.
Penyerahan tersebut dilakukan oleh Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Haziq Abdullah Abd Aziz di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat hari ini.
Dalam memorandum itu, Haziq yang siswa Fakulti Undang-undang Universiti Malaya juga mendesak pihak polis menyiasat serta mengambil tindakan selanjutnya terhadap pegawai polis yang menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa dalam insiden awal pagi tahun baru itu.
Mengandungi bukti, testimonial dan saksi
“Mahasiswa menuntut pihak polis segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap keganasan yang berlaku di UPSI tempoh hari.
“Memorandum tersebut mengandungi bukti keganasan pihak polis dan juga testimonial mangsa dan saksi keganasan mereka,” katanya lagi.
Menurut Haziq, salinan memorandum tersebut akan turut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Polis memang penipu
“Sekiranya polis tidak mengambil sebarang tindakan, mahasiswa akan mengambil tindakan yang lebih tegas.
“Polis telah menafikan melakukan keganasan. Hari ini kita beri bukti kita bahawa ada sentuhan terhadap mahasiswa,” kata jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq Abdullah Abdul Aziz.”, katanya lagi.
Memorandum tersebut diterima oleh DSP Venugopal Navaratnam, Pegawai Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam PDRM Bukit Aman.
Turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut adalah Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI, Adam Adli, Pengerusi SMM, Ahmad Shukri Abd Razab, Timbalan Presiden KAMI, Khalid Mohd Ismath, dan Dr Mohd Suhaimi Mat Aris, wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta hampir 20 penyokong BEBAS. – GZDaily



Zasss!

Banting Kelab 1Malaysia hot!

Seriusly Stylo n Hot!
Hari ini(Jumaat, 6/1/2012), UM dihiasi dengan banting-banting yang tertera tulisan 'Good luck for your Exam' dan 'We love UM, We hate Demostration' daripada Kelab 1Malaysia.  Kelab 1Malaysia yang baru dilancarkan pada tahun lepas dikatakan menjadi proxy utama Penggerak Mahasiswa dalam mengadakan aktiviti-aktiviti mereka di dalam UM dan juga di luar. Banting ini telah menghiasi sepanjang jalan di dalam UM bermula dari pagi tadi.



Jika sebelum ini banting Penggerak Mahasiswa 'Stop Demonstration in Campus' mendapat respon daripada orang ramai(baca sini). Banting Kelab 1Malaysia juga turut mendapat respon terutamanya pengguna mukabuku.


Antaranya ialah:


Masturah Abu Bakar, 'calon hilang' menyatakan bahawa itu adalah hak mereka dalam demokrasi. Kemudian dia memberi cadangan agar banting seperti Kami Sayang Malaysia, Kami benci politik rasuah dan banyak lagi agar turut digantung juga, cadangan beliau.

Kemudian kenyataan tersebut mendapat respon daripada Brader Jai melalui blognya braderjai.blogspot.com


Brader Jai bersetuju dengan cadangan Masturah kemudian memberi cadangan agar Masturah melalui PMIUM(Persatuan Mahasiswa Islam UM) turut sama menggantung banting mengenai Pilihanraya Bersih, Tiada Calon Hilang dan lain-lain. Cadangan Brader Jai mengenai Pilihanraya Bersih seolah-olah bersetuju dengan tuntutan BERSIH yang mana mengharapkan agar Pilihanraya yang bakal dijalankan dilakukan dengan adil dan saksama.

Kemudiannya, blog Brader Jai pula direspon oleh Muhamad Alif Al-Banjari di dalam grup Freshie Universiti Malaya yang menyokong tindakan Kelab 1Malaysia agar menolak demonstrasi tetapi dalam nada yang berbeza iaitu 

"Kami tolak demonstrasi Penggerak~ hahaha~~ Demonstrasi kartun". 

Mungkin ini merupakan kesinambungan daripada demonstrasi yang diadakan oleh Pro-Aspirasi di Putrajaya pada tahun lepas.

Tindakan Kelab 1Malaysia dilihat sebagai tanda protes terhadap insiden-insiden yang berlaku pada akhir-akhir ini dimana Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik(BEBAS) telah mengadakan demosntrasi dihadapan UPSI yang mana berakhir dengan Tragedi 1.1.12.

Selain itu, tindakan Kelab 1Malaysia juga dilihat sebagai menyokong pentadbiran UM yang telah mengeluarkan amaran supaya mahasiswa UM tidak menyertai demonstrasi Bebas Anwar 901.


Itu antara respon orang ramai. Pihak UMH menerima baik akan segala tindakan yang dilakukan oleh Kelab 1Malaysia, dan UMH berharap Kelab-kelab atau Persatuan-persatuan lain turut sama mengikuti jejak langkah mereka dalam menyuburkan demokrasi di dalam kampus yang terchenta.

Wednesday 4 January 2012

Kenyataan Mangsa Tragedi 1.1.12

Wow! Really hot! Cerita semakin menarik!
Video yang bertajuk "Ditumbuk dan diterajang-Safwan Anang"



Video di atas merupakan soal jawab antara Safwan Anang dan wartawan yang hadir selepas Safwan dibenarkan keluar daripada wadnya. Peguamnya mengatakan bahawa mereka mempunyai bukti bahawa berlakunya kekasaran yang luar biasa terhadap Safwan.Safwan menyatakan bahawa dia masih mengalami kesukaran untuk bernafas dan akan meneruskan rawatan susulan di luar untuk tindakan mahkamah dan mereka sedang mengumpul bukti untuk mengambil tindakan rasmi.


Antara keterangan Safwan.
"Anggota polis datang ke hospital dalam keadaan mencurigakan, tidak memberikan pengenalan diri dan kemudian meminta untuk saya menanda tangan satu borang daripada pihak hospital yang memberikan kebenaran untuk mengambil gambar kemudian dalam kenyataan borang tersebut mengatakan saya hanya terjatuh ketika kejadian, saya mengecam keraslah tindakan sebegini rupa."


"Saya ditumbuk sekali di muka, kemudian diterajang dengan lutuk di tulang rusuk kanan."
"Saya bukan melawan tetapi saya sedang menyelamatkan kawan saya daripada dia diheret oleh anggota polis. Jadi, dalam keadaan saya nak selamatkan kawan, saya pula dipukul"


Dan ini pula adalah video yang bertajuk "Ada bukti kekerasan polis, dakwa peguam"



Video di atas pula ada menerangkan mengenai perkara yang berlaku di klinik yang dipecahkan pintunya dan keadaan yang berlaku ketika menghantar Safwan ke Slim River untuk mendapatkan rawatan.


Berikut merupakan antara keterangan yang telah diberikan oleh peguam, Haziq, wakil Suaram dan Syahid Zaini(YDP MPMUM)


Haziq Abdullah Abdul Aziz:  Kita juga nak menekankan di sini bahawa saudara Safwan sendiri dibelasah dan semasa di hospital pihak polis memaksa Safwan untuk tandatangan dokumen yang menyatakan bahawa dia terjatuh dengan sendiri. Jadi ini jelas adalah satu jenayah dalam satu pencabulan terhadap hak asasi dan demokrasi dalam negara kita.


E Nalini(Suaram): The main issue is because of the brutality of the police tapi satu lagi isu yang penting adalah kebebasan berhimpun. Ok. .  and by the Dewan Negara sudah luluskan Bil Perhimpunan Aman so the situation selepas ianya menjadi akta adalah apa yang berlaku pada 1 haribulan januari tadi. Ok. . Polis boleh menggunakan sebarang kekerasan dalam mana-mana perhimpunan aman sebab dia mempunyai sebarang kuasa I meant power you know tiada limit dalam new bill itu. Inilah reality sebenar kalau bill itu menjadi akta. So that why we are very-very concerned by the kebebasan berhimpun dan juga apa yang berlaku pada mahasiswa pada 1 haribulan itu adalah satu isu keselamatan terhadap Negara kita dimana rakyat Malaysia boleh menjadi mangsa keganasan polis dalam perhimpunan aman dimana akta ini akan meluluskan sebarang kegiatan polis yang bertindak ganas.

Peguam: Kita dapat maklumat bahawa pihak klinik itu cuba menghalang daripada memberi bantuan perubatan kepada Safwan dan itu adalah satu jenayah. Kita akan tegaskan dan kita akan ambil tindakan yang berpatutan terhadap mereka.

Haziq: Kita dah merayu pada masa itu Safwan sedang nazak dan sangat kritikal.Kita dah merayu kepada staff klinik supaya buka pintu dan berulang-ulang kali kita rayu kepada staff klinik itu supaya membuka pintu tapi dia still taknak buka pintu. Kita tiada cara lain kalau kita tidak pecahkan cermin itu Safwan mungkin akan mati pada malam itu.Kita sudah tiada cara lain, nyawa Safwan lebih tinggi daripada nilai pintu itu.

Wartawan: Jadi adakah Safwan dirawat di situ?

Peguam: Dirawat di tempat lain kerana klinik berkenaan refuses to give medical treatment and we will take the necessary action regarded to that incident.

Syahid Zaini: Juga antara isu yang berlaku ketika itu, ketika Klinik Dr Syifa’ yang kita minta untuk rawat tetapi tidak memberikan rawatan, bilamana kita menghantar Safwan untuk menghantar ke klinik Tanjung Malim satu tindakan yang agak dikira jenayah juga kerana polis mengambil kunci kereta yang ingin menghantar Safwan ke klinik. Ini juga tindakan yang kita fikir tindakan yang sangat ekstrem berjenayah dan kita minta untuk apa yang berlaku itu dapat didakwa.


Dapatkan informasi yang betul! Salah satu caranya ialah dengan mendengar daripada mulut mereka sendiri! Ngeh3x~

Monday 2 January 2012

Fake Page We Are All Safwan Anang

Seriusly hot!


Diberitakan bahawa ada satu fake page mukabuku yang diberikan nama sebagai "We are All Safwan Anang" telah dicreate semalam dikatakan bahawa untuk mengadakan provokasi-provokasi terhadap kerajaan. Page tersebut sama seperti page yang telah dicreate oleh penyokong Safwan Anang tempoh hari.

Mereka menggunakan bahasa yang amat kasar. Antaranya ialah seperti " FUCK BARISAN NASIONAL " dan " NAJIBBBBBBBBBBBBBBBABI ".


Dikatakan bahawa page itu diadakan untuk memburuk-burukkan rakan-rakan yang menyokong Safwan Anang. Seolah-olah, mereka tiada budi pekerti, kurang ajar dan tidak beradab.



Page yang sebenar, setakat ini mempunyai 7K likers.


Dan ini adalah fakepage tersebut, yang setakat ini hanya ada 70 lebih likers.

Anda diminta berhati-hati dalam membuat pilihan dan juga berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jangan jadi seperti fake page tersebut. Jelas tidak melambangkan identiti mahasiswa sebenar.

Page yang sebenar (klik sini)

Anda mampu mengubahnya! Kita mesti pilih!

Sunday 1 January 2012

Kenyataan Polis Bercanggah!

Hot!
Berikut merupakan screenshot daripada The Malaysian Insider mengenai keterangan polis terhadap perkara yang berlaku pada pagi Tahun Baru.(Tekan CTRL dan Klik pada gambar untuk kelihatan besar)

Polis nafi pukul mahasiswa, kecederaan kerana diri sendiri.
Kemudiannya, polis akui berlaku pergelutan ketika insiden di UPSI

Yang mana satu betul?
Nak tahu yang mana satu betul sila lihat video ini. 





Anda ada mata? Ada akal? Nilai sendiri.

Respon Para Ilmuan Terhadap Peristiwa Berdarah 1.1.12


Agak hot!

Berikut merupakan respon daripada tokoh-tokoh ilmuan masa kini.
Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Dr MAZA(Bekas Mufti Perlis) 
Dr Hazrizal Abdul Jamil(Pakar Motivasi Islam) 
Dr Maszlee Malik(Pensyarah UIA dan Moderator Terkenal)

 A. Samad Said(Sasterawan Negara)
UZAR(Pakar Kewangan Islam Antarabangsa)

IM Asyraf(Juara Imam Muda)


Mereka teguh bersama mahasiswa yang intelektual.
Respon Penggerak?(Baca sini)

Respon Penggerak Mahasiswa terhadap Peristiwa Berdarah 1.1.12

Memang hot !


Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan berita mengenai tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas mahasiswa yang berhimpun untuk mengadakan perhimpunan aman di UPSI pada pagi Tahun Baru.(Baca sini)


Presiden Gerakan Bebas Akademik(BEBAS) iaitu saudara Safwan Anang dikatakan tenat selepas peristiwa tersebut, kemudian sedar semula daripada koma pada waktu siang. Selain itu, saudara Ammar Rasyidi yang cedera di dahinya, menerima beberapa jahitan.


Kemudian Penggerak Mahasiswa tampil memberikan kenyataan bergambar di ruangan page mukabukunya.

Tindakan Penggerak Mahasiswa mendapat respon daripada pengguna mukabuku terhadap kenyataan yang telah diberikan, "Patah tulang rusuk, masih mampu angkat tangan.Pandai berlakon".

Ramai yang menganggap seolah-olah Penggerak Mahasiswa ini sudah kekeringan isu sehingga gambar Safwan yang sedikit tersenyum melayan tetamu yang hadir dijadikan barah oleh mereka.


Penggerak Mahasiswa yang dikatakan tidak mempunyai stand kukuh terhadap demonstrasi dan juga demokrasi dikecam hebat beberapa orang yang memberi komentar terhadap gambar yang diberikan antaranya:




kahkahkah

UMH berharap selepas ini Penggerak Mahasiswa lebih berhati-hati dan lebih matang dalam membuat sesuatu kenyatan.





Gempar! Perhimpunan Aman BEBAS Menjadi Peristiwa Berdarah 1.1.12

Serius hot!



Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Gerakan Kebebasan Akademik(Bebas) yang diadakan di UPSI di ambang tahun baru 2012 pagi tadi bertukar menjadi peristiwa berdarah apabila beberapa orang mahasiswa dicederakan oleh beberapa orang polis.

Safwan Anang yang mengetuai gerakan BEBAS dikatakan sedang tidak sedarkan diri sejak pagi tadi. Beliau dikejarkan ke hospital yang berdekatan. Dilaporkan bahawa beliau mengalami patah tulang pipi kiri dan rusuknya.



Selain itu, seorang mahasiswa yang bernama Amar dikatakan cedera teruk di bahagian dahi. Beliau telah menerima beberapa jahitan di mukanya.


Beberapa orang dimasukkan ke dalam lokap termasuk ketua front seperti SMM, KAMI dan beberapa mahasiswa Universiti di sekitar Lembah Klang.



Pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh pengguna mukabuku:
Mengapa mereka diperlakukan sebegini rupa?
Dimana logika di sebalik insiden yang berlaku? 
Kenapa mereka dibelasah seperti BERSIH 2.0?


Pihak UMH bersimpati ke atas perkara yang berlaku ke atas mereka.
Kami mengharapkan anda semua mendoakan kesihatan mereka yang cedera dan keselamatan mereka yang berada dalam tahanan polis.

Kami mahasiswa, bukan perompak harta negara!