Pergh! Cerita semakin menarik!
Ihsan GazeboDaily: Tragedi UPSI: Mahasiswa Serah Bukti, Testimonial Untuk Siasatan Lanjut
Bukit Aman, 6 Dis : Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini telah menyerahkan memorandum dan bukti-bukti keganasan polis terhadap mahasiswa ketika insiden 1 Januari lalu.
Penyerahan tersebut dilakukan oleh Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Haziq Abdullah Abd Aziz di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat hari ini.
Dalam memorandum itu, Haziq yang siswa Fakulti Undang-undang Universiti Malaya juga mendesak pihak polis menyiasat serta mengambil tindakan selanjutnya terhadap pegawai polis yang menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa dalam insiden awal pagi tahun baru itu.
Mengandungi bukti, testimonial dan saksi

“Mahasiswa menuntut pihak polis segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap keganasan yang berlaku di UPSI tempoh hari.
“Memorandum tersebut mengandungi bukti keganasan pihak polis dan juga testimonial mangsa dan saksi keganasan mereka,” katanya lagi.
Menurut Haziq, salinan memorandum tersebut akan turut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Polis memang penipu
“Sekiranya polis tidak mengambil sebarang tindakan, mahasiswa akan mengambil tindakan yang lebih tegas.
“Polis telah menafikan melakukan keganasan. Hari ini kita beri bukti kita bahawa ada sentuhan terhadap mahasiswa,” kata jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq Abdullah Abdul Aziz.”, katanya lagi.
Memorandum tersebut diterima oleh DSP Venugopal Navaratnam, Pegawai Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam PDRM Bukit Aman.
Turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut adalah Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI, Adam Adli, Pengerusi SMM, Ahmad Shukri Abd Razab, Timbalan Presiden KAMI, Khalid Mohd Ismath, dan Dr Mohd Suhaimi Mat Aris, wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta hampir 20 penyokong BEBAS. – GZDaily
Zasss!


No comments:
Post a Comment