Pada hari Jumaat yang lepas, UM dihiasi dengan banting-banting yang bertulis "Good Luck for Your Exam" dan "We Love UM, We Hate Demonstration" daripada Kelab 1Malaysia.(Baca sini)
Kelab 1Malaysia dan Penggerak Mahasiswa telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Antaranya ialah:
Ini merupakan respon daripada seorang mahasiswa UM. Dia mempersoalkan samada Kelab 1Malaysia ini merupakan kelab yang berada di bawah parti politik atau kerajaan(Barisan Nasional). Dia juga mempersoalkan mengenai banting yang digantung itu adakah ianya digantung dengan mendapat kelulusan daripada pentadbiran?
Kemudian, isu ini bertambah hot apabila ada seorang mahasiswa mendakwa bahawa banting yang digantung ini mendapat tajaan daripada Penaung kepada Kelab 1Malaysia iaitu DS Sharizat Ab Jalil.
Betul ke DS Sharizat Ab Jalil ini merupakan penaung kepada Kelab 1Malaysia?
Kalau betul, mereka yang menyokong auku ini boleh dikenakan akta yang mereka pertahankan itu sendiri.
Mungkin Kelab 1Malaysia atau Penggerak Mahasiswa ada jawapannya, nantikan respon mereka melalui blog Brader Jai.
Wow!
Wow!


No comments:
Post a Comment