Hari ini(Jumaat, 6/1/2012), UM dihiasi dengan banting-banting yang tertera tulisan 'Good luck for your Exam' dan 'We love UM, We hate Demostration' daripada Kelab 1Malaysia. Kelab 1Malaysia yang baru dilancarkan pada tahun lepas dikatakan menjadi proxy utama Penggerak Mahasiswa dalam mengadakan aktiviti-aktiviti mereka di dalam UM dan juga di luar. Banting ini telah menghiasi sepanjang jalan di dalam UM bermula dari pagi tadi.
Jika sebelum ini banting Penggerak Mahasiswa 'Stop Demonstration in Campus' mendapat respon daripada orang ramai(baca sini). Banting Kelab 1Malaysia juga turut mendapat respon terutamanya pengguna mukabuku.
Antaranya ialah:
Masturah Abu Bakar, 'calon hilang' menyatakan bahawa itu adalah hak mereka dalam demokrasi. Kemudian dia memberi cadangan agar banting seperti Kami Sayang Malaysia, Kami benci politik rasuah dan banyak lagi agar turut digantung juga, cadangan beliau.
Kemudian kenyataan tersebut mendapat respon daripada Brader Jai melalui blognya braderjai.blogspot.com
Brader Jai bersetuju dengan cadangan Masturah kemudian memberi cadangan agar Masturah melalui PMIUM(Persatuan Mahasiswa Islam UM) turut sama menggantung banting mengenai Pilihanraya Bersih, Tiada Calon Hilang dan lain-lain. Cadangan Brader Jai mengenai Pilihanraya Bersih seolah-olah bersetuju dengan tuntutan BERSIH yang mana mengharapkan agar Pilihanraya yang bakal dijalankan dilakukan dengan adil dan saksama.
Kemudiannya, blog Brader Jai pula direspon oleh Muhamad Alif Al-Banjari di dalam grup Freshie Universiti Malaya yang menyokong tindakan Kelab 1Malaysia agar menolak demonstrasi tetapi dalam nada yang berbeza iaitu
"Kami tolak demonstrasi Penggerak~ hahaha~~ Demonstrasi kartun".
Mungkin ini merupakan kesinambungan daripada demonstrasi yang diadakan oleh Pro-Aspirasi di Putrajaya pada tahun lepas.
Tindakan Kelab 1Malaysia dilihat sebagai tanda protes terhadap insiden-insiden yang berlaku pada akhir-akhir ini dimana Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik(BEBAS) telah mengadakan demosntrasi dihadapan UPSI yang mana berakhir dengan Tragedi 1.1.12.
Selain itu, tindakan Kelab 1Malaysia juga dilihat sebagai menyokong pentadbiran UM yang telah mengeluarkan amaran supaya mahasiswa UM tidak menyertai demonstrasi Bebas Anwar 901.
Itu antara respon orang ramai. Pihak UMH menerima baik akan segala tindakan yang dilakukan oleh Kelab 1Malaysia, dan UMH berharap Kelab-kelab atau Persatuan-persatuan lain turut sama mengikuti jejak langkah mereka dalam menyuburkan demokrasi di dalam kampus yang terchenta.




No comments:
Post a Comment