Wednesday, 11 January 2012

Mahasiswa Digugat?

Hot!


Baru-baru ini UM dihangatkan lagi dengan isu penahanan saudara Mohamed Bukhairy Mohamed Safian iaitu timbalan setiausaha MPMUM.


Beliau telah ditangkap pada hari Sabtu 7/1/2012. Beliau telah di bawa ke Balai Polis Pantai kerana tidak memberikan kerjasama kepada anggota polis yang mahu memeriksa pengenalan diri beliau berhampiran pintu masuk utama UM. Diberitakan bahawa salah faham telah berlaku antara Bukhairy dan anggota polis. Polis yang berpakaian biasa itu dianggap penyamun oleh beliau kerana ada banyak kes samun pada akhir-akhir ini.





Kemudian dia di bawa ke Balai Polis Petaling untuk menjalani ujian air kencing dan di ambil beberapa keterangan yang kemudiannya di tahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil atas arahan tahan reman selama 4 hari.


"Kita tidak kisah jika polis jalankan siasatan atau ambil keterangan tapi bukan keluarkan temah tanpa sebarang sebab munasabah" Murni Hidayah Anuar, peguam kepada Bukhairy.


Arahan tangkap reman itu dilihat tidak rasional hanya kerana Bukhairy tidak memberikan kerjasama dengan anggota polis. Kemudiannya Bukhairy dibebaskan pada hari Ahad 8/1/2012. Isu ini bukan berhenti setakat ini sahaja, Bukhairy kemudian diminta untuk hadir pada hari Selasa 10/1/2012 ke Mahkamah di Jalan Duta. 


Begitu pelik sekali, kes Bukhairy menjadi serius sehingga di bawa ke Mahkamah. Bukhairy meminta untuk ditunda ke hari Rabu kerana dia beliau ada peperiksaan pada hari tersebut. 


Pagi tadi, Rabu 11/1/2012 beliau tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM2000 dengan seorang penjamin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan dijadualkan untuk ke Mahkamah semula pada16/1/12 untuk sebutan kes.





Turut sama merespon isu ini walaupun hanya dengan share status ialah YB Yu Sheng Leong.




Yang menjadi tanda tanya ialah:
Mengapa Bukhairy sahaja yang dipilih untuk disoal siasat?
Malah menjadi sangat pelik apabila 7 orang anggota polis ditugaskan untuk menangkap beliau. Seolah-olah beliau melakukan jenayah yang sangat berat.
Mengapa tangkapan dilakukan di dalam waktu peperiksaan? Seolah-olah ingin mengganggu kosentrasi beliau dalam peperiksaan.
Mengapa kes ini dipanjangkan ke mahkamah?

Untuk maklumat lanjut, kita tunggu sahaja keterangan penuh daripada saudara Bukhairy sendiri mengenai kes beliau. Diharap orang ramai tidak menimbulkan spekulasi buruk terhadap beliau.

No comments:

Post a Comment