Friday 7 September 2012

MHS UM DIHADIRI PERDANA MENTERI KE4




Kehangatan Minggu Haluan Siswa UM dihangatkan lagi dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada slot “Talk Bersama Tun Mahathir” di DTC pada hari keempat program tersebut dijalankan.



 Dalam slot  jam 2 petang itu, Tun Mahathir telah mengupas sedikit tajuk Talk “Generasi Muda : Penentu atau Pemusnah Wawasan 2020” dalam masa lebih kurang 10 minit. Seterusnya slot diteruskan dengan sesi soal jawab.

Bertalu-talu soalan yang diajukan pada beliau sehinggakan ada siswa yang tidak dapat peluang untuk bertanya walaupun telah berusaha untuk bangun bertanya sebanyak 3 kali. UMH dimaklumkan bahawa ada Pembantu Mahasiswa yang bertindak menghalang pelajar yang ingin bertanya soalan kerana ingin membuka laluan hanya untuk soalan-soalan yang telah diset up sahaja. Berikut merupakan antara soalan dan jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir dalam sesi soal jawab tersebut.

                1 ) soalan berkaitan mahasiswa giat berpolitik dan pelajaran terabai.
                J : mahasiswa boleh ikut politik tetapi aktiflah ketika sudah bergraduasi nanti. Sekarang tumpukan pada pelajaran. Apabila sudah grade, nak jadi wakil pun tiada masalah.

                2) berkenaan peristiwa yang berlaku ketika malam Kemerdekaan – bendera Malaysia dibuka dan diganti dengan bendera rakyat.
                J : merdeka tiada kaitan dengan politik. Ianya merupakan bendera negara, bendera kebangsaan.kalau dibuang satu bendera pun tiada rugi kerana masih banyak lagi bendera yang masih berkibar.

                3) sesetengah pihak dilihat bertindak ekstrim sekarang. Bagaimana pandangan Tun?
                J : biarlah jika ada yang ingin bertindak ekstrim, yang penting jangan diajak orang lain untuk turut sama.

                4) bagaimana dengan kritikan-kritikan yang banyak ditujukan pada pihak kerajaan sekarang.
                J : pendapat rakyat yang lebih patut diutamakan, bukan pendapat pimpinan semata-mata.

Majlis yang dianjurkan oleh pihak Aman Kampus yang mana disertai oleh alumni-alumni Aspirasi  ini diketuai oleh saudara Shahar Abdullah yang mana merupakan Pengerusi Gagasan Aman Kampus. Slot ini ditutup dengan sesi pendaftaran keahlian kelab ‘WE LOVE PM CLUB’.

No comments:

Post a Comment