PMIUM aka Persatuan Mahasiswa Islam UM telah mengadakan Kem 'Brotherhood Of Muslim Camp'12 (BroMc'12) di Lopo Blue River Hulu Langat. Kem diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 21-22/1/12 dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Persatuan Islam yang bergerak aktif di kampus UM kini memilih aktiviti 'outdoor' sebagai pengisian utama pada kem BroMc tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jungle tracking, night walk dan juga explorace.
Kem ini dikatakan telah mendapat banyak sambutan mahasiswa dan mahasiswi UM. Bukan pelajar Islam sahaja malah juga turut disertai pelajar bukan Islam. Kem ini juga telah mendapat sambutan daripada pelajar luar negara(foreigner) iaitu daripada Thailand, Indonesia dan Singapura.
Kem ini telah menunjukkan bahawa PMIUM tetap diterima oleh mahasiswa UM walaupun melalui pelbagai isu-isu kontroversi seperti demontrasi di PWTC dan UPSI.
Menurut komanden program, kem ini bertujuan untuk membersihkan rohani dan juga jasmani. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah antara mereka.
Setelah mengadakan BroMc selama 3 tahun, kem pada tahun ini merupakan antara peserta yang teramai mengikuti program tersebut. Walaupun ada peserta yang telah tamat peperiksaan pada awal waktunya, mereka sanggup menunggu sehingga waktu yang ditunggu tiba.
Serronokk ?!
Walaupun kem telah tamat, aktiviti ukhuwah tetap diteruskan di rumah pimpinan PMIUM.Mereka telah menemani Brandon iaitu penghulu kem menyambut tahun baru cina di rumah tersebut.
Syabas!






































