Seriously! Hot meh!
Lihat poster ini. .
Dan ini. . .
Roadshow Solidariti untuk Kebebasan Akademik bakal diadakan di Padang Kota Lama di Pulau Pinang pada 29/12/11 ini. Roadshow ini akan bermula pada jam 1 petang.
Ayuh Mahasiswa Bersolidariti!
Tapi. . .
Ramai yang mempersoalkan, mengapa aktiviti-aktiviti ini dilakukan di dalam minggu belajar(study week). Mereka ini tidak memikirkan mengenai soal akademik ke? Sedangkan mereka memperjuangkan kebebasan akademik.
Selain itu, roadshow tersebut juga disertai oleh YDP MPMUM saudara Syahid Zaini yang sedang hot! sekarang ini.
Syahid Zaini yang dituduh tidak bekerja, MPMUM dikatakan mungkir janji dan Syahid Zaini terlalu sibuk dengan aktiviti nasional. Sehingga ada yang mengatakan bahawa Syahid Zaini membiarkan rakan-rakannya di MPMUM membanting tulang menyelesaikan masalah-masalah di UM sendiri.
Betul ke?
Pihak UMH tidak mahu masuk campur kerana kebanyakan respon yang UMH dapat daripada MPMUM adalah masalah segelintir YB Penggerak yang sangat malas. Apabila dipanggil mesyuarat, mereka tidak mahu datang, alasan mereka kerana ingin menyiap tesis.
Komen UMH:: Kalau nak jadi YB, kenalah berkorban sedikit untuk kebajikan mahasiswa!
Itu merupakan masalah mereka di dalam MPMUM sendiri.
SO, MASALAH ANDA, ANDA SELESAIKAN SENDIRI. HOT U KNOW!!